Info tentang Hawaii dalam Bahasa Melayu nampaknya masih belum banyak dikongsikan. Mungkin kerana belum ramai yang telah berpeluang travel ke kepulauan ini. Terinspirasi untuk ke Hawaii selepas menonton filem Moana, baru-baru ini traveller tersohor Zahariz Khuzaimah telah ke Hawaii selama 26 hari dan berikut adalah sebahagian daripada perkongsian beliau:
1. Hawaii memiliki bentuk muka bumi yang sangat cantik tapi destinasi ini kurang sesuai untuk mereka yang travel gaya jimat.
2. Papantanda larangan seperti “No Tresspassing” ada di setiap beberapa meter. Papantanda lain seperti “No Pets, No Smoking, No Drinking, No Skateboarding, No Photography, No Drone, No Camping” juga ada di mana-mana, termasuk larangan dan undang-undang pelik yang lain.
3. Antara undang-undang pelik lain yang ada di Hawaii – tidak dibenarkan merokok 7 meter daripada mana-mana tingkap atau pintu satu-satu bangunan.
4. Nak pacak khemah? Sila ambil maklum anda kena mohon permit 3 ke 4 minggu lebih awal dan tempoh maksimum anda dibenarkan berkhemah di satu-satu lokasi adalah 2 malam sahaja.
Sesetengah tempat berkhemah pula hanya dibuka pada hujung minggu sahaja.
5. Tak boleh bawa naik backpack besar anda ke dalam mana-mana bas awam. Menurut Zahariz beliau pernah diminta turun daripada bas sewaktu di Maui kerana pikul backpack naik bas. Maka terpaksalah beliau naik Uber dan bayar dengan harga berganda mahal.
6. Nak bergerak dari satu pulau ke pulau lain kena naik kapal terbang. Dah tak ada perkhidmatan feri disediakan.
7. Peluang berjumpa penduduk asal Hawaii sangat tipis. Hampir tak jumpa.
Menurut Zahariz, pada asalnya beliau merancang untuk berada di Hawaii selama 6 minggu untuk belajar diving dan cara mengendalikan kapal layar. Tapi kemudiannya disingkatkan ke 26 hari saja disebabkan berbagai caj yang perlu dibayar untuk melawat lokasi menarik di sana.
Antaranya, beliau perlu bayar sekitar USD3 untuk ke satu-satu lokasi air terjun, dan hanya dapat dilihat dari jarak paling dekat adalah 200 meter.
Namun begitu ujar Zahariz, tidak dinafikan Hawaii memang sangat cantik dari segi lanskap dan alam semulajadinya. Antara yang paling beliau gemar adalah dapat melihat lava mengalir ke laut daripada gunung berapi yang masih aktif, pemandangan indah di Napali Coast, Waimea Canyon dan bila snorkeling hampir 10 ekor penyu dapat dilihat dengan mudah di sekeliling beliau.
Zahariz juga sempat ambil kursus diving di Hawaii yang mana yurannya tenyata lebih murah berbanding di Malaysia.
Menurut Zahariz, “I think Hawaii is more for rich couples who want to go for short honeymoon or 4 days 3 nights kind of holiday. For adventurers, please go somewhere else.”
Berikut gambar yang telah dikongsikan oleh Zahariz sepanjang beliau di Hawaii. Layan.
























































