Setiap orang pasti miliki barangan yang miliki nilai sentimental tidak boleh jual beli dengan wang ringgit. Jika kehilangan barangan tersebut, rasa seperti separuh nyawa telah hilang.

Baru-baru ini seorang gadis mencari ‘Haziq 8’, seorang lelaki mencuri helmet yang ditinggalkan di atas motosikal di stesen minyak Caltex Desa Coalfield.

Baca Juga:

Tindakan ‘Haziq 8’ itu dirakam oleh CCTV stesen minyak berkenaan. Dia mengambil helmet tersebut, lalu meletakkannya di atas motosikal sendiri sebelum beredar meninggalkan lokasi.

@bubblywashere

Assalamualaikum, Mohon ya yang mencuri pulangkan kembali helmet saya tu, mungkin dah calar balar tapi ada value saya beli dgn arwah bapak saya Saya bagi adik saya yang baru habis SPM guna pergi kerja motor & helmet saya tu Senang ya buat kerja terus rembat? Tolong pulangkan balik, tak malu ke curi helmet anak yatim #Helmet #Mencuri #SungaiBuloh #desacoalfields #Caltex

♬ APT. – ROSÉ & Bruno Mars

Menurut TikTok @bubblywashere, helmet dan motosikal yang nampak dalam CCTV itu merupakan miliknya. Ia dipinjam oleh adiknya, seorang lepasan SPM yang baru mula bekerja.

Gadis itu menegaskan dirinya sangat menjaga helmet tersebut dan membawanya kemana-mana sahaja apabila berada di luar rumah.

“Jika saya, jangan cakap sangkut helmet bawah kerusi motor. Masuk mall pun saya angkut.

“Helmet itu walaupun sudah 4 kali kemalangan, ia masih kukuh. Saya cuma tukar visor saja sebab sayang sangat.

“Masa adik saya cerita helmet kena curi dan tunjuk rakaman CCTV tersebut, saya berasa sedih, marah dan tak tahu hendak cakap apa sebab benda memang dah jadi,” luah gadis berkenaan.

Menurutnya, dia kongsikan rakaman CCTV itu sebagai salah satu ikhtihar dapatkan balik semula helmet yang mempunyai nilai sentimental buat dirinya.

Dalam kemas kini terbaharu, gadisi itu masih mencari Haziq 8 dan berharap dia dapat memulangkan semula helmet yang diambil; sebuah Gracshaw berwarna hitam metallic dengan visor pelangi, bersaiz 2XL.