Walaupun Justice League: Zack Snyder’s Cut cuma akan ditayangkan pada 18 Mac 2021, nampaknya ada penonton HBO Max yang sempat menontonnya buat beberapa minit.
Ketika mereka menunggu filem Tom & Jerry untuk ditayangkan, mereka dikejutkan dengan opening filem Justice League dan dapat menontonnya dalam beberapa mini sebelum pihak HBO Max ‘sedar’ bahawa terdapat glitch pada sistem mereka.
Berikutan itu, penonton yang sempat menontonnya berkongsikan gambar TV mereka dengan adegan Justice League ke Twitter. Namun, pihak Warner Bros. secara pantas telah mamadam semua gambar adegan yang tertiris.
@hbomax someone’s getting fired…Tom and Jerry this is not…#SnyderCut pic.twitter.com/B0ReNp2JR2
— Doug (@ThenDougSaid) March 8, 2021

Ada di antara penonton yang dapat menonton sehingga 1 jam lamanya namun glitch berkenaan bagaimanapun telah dibaiki oleh pihak HBO Max.
Adakah ia satu kesilapan atau perkara berkenaan disengajakan supaya orang tahu Justice League: Zack Snyder’s Cut akan ditayangkan di HBO Max minggu hadapan? Untuk peminat di Malaysia, anda boleh menontonnya pada 18 Mac secara eksklusif menerusi HBO GO.
Jared Leto akan kembali sebagai Joker dalam Justice League nanti. Baca lagi pada pautan di bawah.
Zack Snyder Kongsi Gambar Rasmi Pertama Joker Dalam Justice League
Pengarah Filem Ternama Puji Roh, Dakwa Ia Salah Satu Karya ‘Amazing’ Baginya
Ini Antara Filem Menarik Yang Menanti Anda Di Pawagam Bermula 5 Mac 2021