Mula membuka mata ramai melalui kemenangan bergaya pada anugerah Oscar ke-92, filem Parasite sekaligus berjaya menjadi bualan ramai serta mulai ditonton oleh segenap penonton seluruh dunia.
Kemenangan Parasite cetusan idea Bong Joon-ho selaku pengarah filem ini nampaknya turut menarik perhatian HBO untuk menghasilkan semula filem Parasite versi Hollywood.

Menariknya, lamaran untuk menghasilkan filem ini turut mendapat lampu hijau daripada pengarah Bong Joon-ho yang bakal bekerjasama dalam menghasilkan Parasite versi drama siri ini.
Menurut Bong Joon-ho, Parasite masih mempunyai banyak ruang untuk diperkembangkan dimana karya beliau bakal dilontarkan melalui drama siri terbaru ini sekaligus menawarkan lebih banyak minit dan episod buat para penonton.

Setakat ini, antara pelakon yang dilaporkan sedia untuk dipilih membintangi drama siri ini adalah Mark Ruffalo yang pernah popular sebagai watak Hulk dalam filem Avengers.
Drama siri Parasite ini dijangka bakal ditayangkan dalam enam episod penuh. Pastinya harapan orang ramai untuk menonton drama siri ini adalah sangat tinggi setelah berjaya memenangi merangkul anugerah filem terbaik pada Oscar ke-92.
Seusai Parasite berjaya memenangi anugerah, penerbit filem Tamil ini tampil mahu menyaman Parasite kerana mendakwa meniru hasil karyanya.
4 Lokasi Filem Parasite Kini Diserbu Pelancong Selepas Menang Besar Di Oscar
Parasite Cipta Sejarah, Menang Filem Terbaik Di Anugerah Oscar Ke-92