Kehebatan filem ‘Crazy Rich Asians’ memang sudah tidak dapat disangkal lagi, bukan sahaja berjaya menarik perhatian penonton di Asia bahkan juga di serata dunia. Buktinya keberkesanan watak utama yang dilakonkan Henry Golding membuatkan beliau terpilih sebagai personaliti Asia pertama yang menghiasi muka depan majalah GQ, majalah terkenal di New York.

Menurut perkongsian Henry di Instagramnya beliau teruja dan berterima kasih kepada GQ kerana memilih beliau sebagai ‘Men of the Year’. Sebelum ini Michael B. Jordan telah terpilih sebagai ‘Leader of the Year’, Jonah Hill sebagai ‘Director of the Year’ dan Serena Williams sebagai satu-satunya personaliti wanita yang diberi penghargaan ‘Champion of the Year’.

GQFP

GQ menceritakan perjalanan karier seni anak kelahiran Sarawak ini memulakan kerjaya sebagai hos rancangan televisyen. Henry yang sebelum ini tidak pernah memegang peranan sebagai seorang pelakon bagaimanapun telah berjaya membawa wataknya dengan baik sehingga memecah rekod filem romantik komedi box-office abad ini. Anda boleh membaca edisi ini di laman web GQ.