Apabila kita bercakap mengenai rumah jenis Program Perumahan Rakyat (PPR), pasti kita bayangkan bagaimana kurang selesanya suasana kawasan perumahan tersebut.
Baru-baru ini seorang pengguna Facebook Tynie Nih berkongsi suasana kawasan perumahan PPR di Taman Sri Serigai Putatan, Sabah yang sangat cantik dan kemas.
Baca Juga:
- Orang Ramai Sambut Baik Tindakan MPAJ Sita Barangan ‘Penanda Cop Parkir’ Di Kawasan PPR
- ‘Ini Bukan Kondominium!’ – Netizen Kecewa Mentaliti Pentingkan Diri Segelintir Penduduk PPR Cop Parkir
- ‘Cekik Darah Dan Tidak Berbaloi’- Iklan Sewa Rumah PPR Berharga RM1,400 Sebulan Buat Netizen Terkejut
Setiap aras telah dihiasai mengikut tema-tema yang tersendiri. Ada yang kelihatan seperti dalam wad dengan berwarna pink.
Ada juga yang nampak seperti ruang tamu rumah sendiri kerana diletakkan meja dan sofa di mana penduduk boleh duduk meluangkan masa bersama-sama.
Orang ramai turut memuji kebersihan lantai di ruangan lobi lif sehinggakan ada penduduk boleh membuka kasut memijak lantainya.
Bukan sekadar ruang lobi lif, laluan tangga turut dihiasi dengan meletakkan sofa bulat yang membolehkan penduduk ‘mesyuarat tingkap’ di situ dengan selesa.


Netizen turut mengucapkan tahniah kepada ketua blok kerana boleh menyatukan penduduk untuk berkerjasama menghiasi setiap aras dengan kebebasan kreativiti masing-masing.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran asal sudah mendapat lebih 2,900 kali perkongsian oleh pengguna Facebook yang lain.