Keharmonian masyarkat di Malaysia dapat dikecapi kerana adanya sifat toleransi dan saling menghormati di antara satu sama lain. Namun, ada segelintir individu seperti mahu memburukkan Malaysia di mata dunia dengan pandangan negatif.

Tular di laman sosial semalam mengenai seorang pemandu e-hailing berbangsa Cina yang sanggup menghina agama Islam ketika berbual dengan pelancong asing dari England.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama samismanew di laman TikTok, sepasang pelancong asing itu telah menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk bergerak ke sesuatu destinasi pada hari pertama bercuti di Malaysia.

'Hidup Macam Dalam Gua' - Pemandu e-Hailing Tergamak Burukkan Islam Depan Pelancong Asing
Sumber Gambar: TikTok

Dalam perkongsian terbabit, pemandu e-hailing yang dikenali sebagai Henry itu menyapa mesra penumpangnya dan mencadangkan beberapa lokasi menarik seperti Pulau Pinang, Kedah dan Langkawi untuk dikunjungi.

Bagaimanapun, dia lalu mempertikai Islam sebagai agama rasmi dan mendakwa kebebasan tersekat termasuk larangan berjudi dan meminum arak.

Dia malah mengatakan manusia sepatutnya menikmati kehidupan di dunia dengan penuh keseronokkan tanpa batasan. Bukan itu sahaja, dia juga berseloroh mengatakan mereka yang bukan beragama Islam merasa hidup seperti di dalam gua.

'Hidup Macam Dalam Gua' - Pemandu e-Hailing Tergamak Burukkan Islam Depan Pelancong Asing
Sumber Gambar: TikTok

Susulan video itu tular, Ketua Aktivis Gabungan E-Hailing Malaysia, Jose Rizal, berkata beliau kecewa dan terkejut sebaik dimaklumkan mengenai video berkenaan.

“Apa yang diperkatakan oleh pemandu itu (berkaitan agama Islam) kepada pelancong asing adalah salah dan ia memperlihatkan pemikirannya yang sempit.

“Justeru itu, kita menggesa supaya tindakan tegas diambil oleh pihak syarikat e-hailing dengan memberhentikan khidmat lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tambah beliau lagi, syarikat pengendali sepatutnya memperketatkan lagi garis panduan yang mampu memberikan peringatan kepada pemandu lain untuk tidak mengulangi isu yang sama.

Kita pun sedia maklum para pemandu e-hailing sudah dianggap sebagai duta kecil negara yang boleh mempengaruhi persepsi terutamanya orang luar terhadap Malaysia. Apabila berlaku insiden tersebut, ia sekaligus boleh menjejaskan keharmonian yang sudah dibina sejak sekian lama.