Bahana menghisap rokok elektronik, seorang pelajar tingkatan 4 di Kemaman, Terengganu, telah ditemui dalam keadaan sawan.
Pelajar tersebut membuatkan rakan rakannya yang lain cemas apabila dia sawan sehingga tak sedarkan diri.
Kejadian itu berlaku di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kemaman, Terengganu.
Menurut sumber Buletin TV3, pelajar tersebut dipercayai mengalami sawan tersebut setelah menghisap rokok elektronik atau vape jenis ‘magic mushroom’ secara berlebihan.
Rakan pelajar yang lain yang melihat pelajar tersebut sawan telah memaklumkan kepada guru kira kira 10.30 pagi dalam kejadian yang berlaku pada pagi Isnin.
Pelajar berusia 16 tahun itu segera dibawa ke klinik berdekatan oleh ahli keluarga terdekatnya untuk menerima rawatan. Dan mangsa seterusnya dirujuk kepada unit kecemasan Hospital Terengganu.
Dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati bahawa mangsa mengalami sawan kritikal akibat pengambilan perisa bahan kimia yang berbahaya itu secara berlebihan.
Ketika artikel ini ditulis, pelajar tersebut dilaporkan masih menerima rawatan di hospital. Ahli keluarga pelajar tersebut kemudian membuat laporan polis tentang kejadian tersebut.
Gejala hisap rokok elektronik dan vape di kalangan pelajar sekolah kian merisaukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak kira pelajar lelaki atau perempuan.
Ini kerana pengaruh daripada trend yang dibawa oleh pempengaruh dan pengaruh rakan sebaya membuatkan pelajar pelajar sekolah menganggap ianya satu gaya hidup yang ‘cool’.
Sumber menyatakan bahawa gejala hisap vape di sekolah tersebut semakin meruncing sejak 3 tahun yang lalu dan ianya berada di tahap yang membimbangkan.