Mula dilancarkan di Thailand pada penghujung tahun lalu, akhirnya model Honda yang menjadi pilihan ramai iaitu City sedia hadir generasi terbaru buat pasaran Malaysia.
Kehadiran model ini nyata membuatkan orang ramai teruja apatah lagi sebelum ini dikaitkan dengan enjin 1.0 turbo. Dalam pada itu, Honda Malaysia nampaknya memilih untuk menawarkan enjin 1.5 NA dengan sokongan sistem i-MMD bagi varian RS.





Pada kali ini, NKGarage selaku syarikat tuner Honda popular di Honda tampil dengan bodykit terbaharu buat Honda City 2020. Sentuhan NKGarage pada kali ini masih lagi mengekalkan DNA mereka dengan penawaran carbon fibre bagi menaikkan lagi seri model ini.
Menurut laman rasmi NKGarage di Facebook, bodykit ini sedia untuk didapatkan dengan harga sekitar 15,000 baht (RM2,001) bagi bonet hadapan, 14,000 baht (RM1,860) bagi side skirt, 8,900 baht (RM1,182) untuk lip hadapan dan 8,500 baht (RM1,129) untuk windshield.


Bagi membuatkan Honda City RS ini tampil lebih garang, model ini turut dipadankan bersama sistem ekzos daripada JTCtitanium bersama rim Volk Racing TE37 15-inci. Tempat duduk hadapan pula turut ditukarkan kepada Recaro Sportster CS.
Setakat ini masih belum diumumkan tanda harga rasmi bagi model idaman ramai ini. Para pengguna yang berminat berpeluang membuat tempahan khas terhadap model ini dimana Honda Malaysia sedia menawarkan baucer servis bernilai RM1,000. Honda City RS 2020 sedia membuat penjelajahan seluruh negara bermula 24 Ogos ini.
Dilaporkan Honda sedia mengeluarkan Civic Type R generasi baharu seawal tahun hadapan.
Honda Civic Type R Generasi Baharu Bakal Diperkenalkan Seawal Tahun Hadapan
Alami Kekurangan Pekerja, Honda Paksa Akauntan Membuat Kerja Pemasangan Kereta