Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu video kejadian sebuah kereta Honda CR-Z dipandu lelaki secara melulu sebelum terbabas di Genting Highlands, semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu kereta, berusia 27 tahun itu, sudah membuat laporan polis pada 11.05 pagi semalam di Balai Polis Goh Tong Jaya.
Baca Juga:
Memetik kenyataan rasmi Facebook POLIS Bentong, pemandu terbabit melaporkan bahawa kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas di kilometer (KM) 14.7 ketika menghala naik ke Genting Highlands.

Menurutnya, terdapat satu video berdurasi 12 saat tular di Tiktok menunjukkan kereta Honda CR-Z yang sama dipandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan berhampiran bulatan.
“Tindakan pemandu berkenaan adalah berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.
“Polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong sudah menghubungi pemandu berkenaan untuk tampil memberi keterangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
@mrcc05 Boss sini tak boleh parking yer 😂 #gentinghighlands #honda #crz #vtec #kseries #initiald #viralvideo
Polis buka siasatan kemalangan Honda CR-Z di Genting Highlands


Zaiham berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Mana-mana pihak yang melihat kejadian itu untuk tampil bagi membantu siasatan.
“Polis Bentong juga akan mengambil tindakan tegas serta akan mengadakan operasi secara berterusan untuk memastikan lokasi dan laluan berkenaan tidak dijadikan seperti litar lumba oleh pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab,” katanya.