Biasalah, bagi sesetengah pengguna lebih selesa beli barang dengan harga murah asalkan berfungsi namun tidak kurang juga ada yang sanggup membayar lebih untuk kualiti yang terjamin dari jenama terkemuka.

Baru-baru ini, tular beberapa video yang memperlihatkan nasib pengguna yang mana mendakwa mereka telah terbeli barang palsu yang disangkakan original  dari bengkel yang tidak bertanggungjawab.

Di dalam video tersebut, lelaki terbabit tengah memegang bungkusan aksesori dan juga clutch motor yang dipercayai dari jenama Honda. Dari pandang pertama, ramai pasti menyangka ia benar-benar datang dari Honda apabila kerana mempunyai frasa seakan jenama tersebut namun telah ditutup dengan pelekat ‘geniune’.

Bagaimanapun, sebaik dikoyakkan pelekat itu, terbongkarlah rahsia sebenar yang produk diterima bukanlah asli seperti yang dijangka tetapi sebenarnya tiruan. Boleh lihat dengan jelas ia memaparkan jenama Monda dan Honey dengan menggunakan font yang cukup mirip seperti Honda.

@emang7180

Honda❌ Monda✅ #fypviral #ex5malaysia

♬ suara asli – fby2 – fby2

Video berdurasi 19 saat itu sudah cukup menjadi buah mulut di dalam media sosial dan rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut rupanya ada individu yang licik sedia memperdaya pelanggan dengan menampal pelekat untuk tampak seperti yang asli.

Ramai percaya ini bukanlah berkait dengan masalah kawalan kualiti dari kilang tetapi lebih kepada cubaan meraih keuntungan dengan mengecas harga asli menerusi barang palsu yang dijual dengan sengaja dan dipercayai semakin berleluasa di dalam pasaran.