Selepas Maybank dan Public Bank mengumumkan pengecualian caj transaksi DuitNow QR, nampaknya Hong Leong Bank dan RHB Bank juga bakal turut mengikut jejak langkah yang sama.

Menerusi khabar yang tular sebelum ini, difahamkan para peniaga terpaksa menanggung caj transaksi DuitNow QR pada kadar 0.25%. Hal ini secara tidak langsung telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Pengecualian yang dibuat ini difahamkan bersifat sementara di mana tidak dijalankan bermula 1 November ini dan bakal ditangguhkan kepada suatu tarikh yang baru.

Sementara itu, CIMB Bank telah mengumumkan akan menawarkan pengecualian caj transaksi DuitNow QR sehingga akhir tahun ini dan bakal mula menjalankan caj seawal 1 Januari 2024.