Dengan kehadiran AI yang semakin digunakan dalam seharian untuk menyelesaikan sejumlah tugasan seharian. Boleh dikatakan ciri AI sudah menjadi satu benda wajib dalam pertimbangan untuk membeli sesebuah telefon pintar pada masa kini.

Di sini kami mahu memperkenalkan sebuah telefon pintar yang boleh didapatkan di dalam pasaran yang bukan sahaja berbaloi malah dilengkapi ciri AI yang canggih untuk memudahkan kerja kreatif seharian anda.

Telefon pintar yang dimaksudkan adalah HONOR 400 Pro yang mana baru sahaja dipasarkan ke pasaran Malaysia pada 22 Mei 2025 dan boleh dipra-tempah bermula hari ini sehingga 29 Mei kelak.

Mari kita menerokai mengenai HONOR 400 Pro ini dengan lebih mendalam dan mengetahui seberapa hebat kemampuan AI dalam membantu atur kerja di dalam dunia kreatif.

HONOR 400 Pro

Honor
Rekaan tampak kompak dan elegan

Sebuah peranti terkini yang sedia menjadi pencabar sengit di dalam pasaran kerana spesifikasi yang serba canggih dalam masa masih ditawarkan pada harga berpatutan.

Bercakap mengenai spesifikasi terlebih dahulu, HONOR 400 Pro ini didatangkan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 serta digabungkan dengan sokongan 12GB RAM yang bakal memastikan segala pelayaran boleh dilakukan dengan efisien.

Setakat melakukan tugasan seharian, sambil membuka sejumlah aplikasi lain dan bermain games tampil lancar di dalam penggunaan seharian.

Skrin paparan didatangkan dengan 6.7-inci AMOLED yang mana mencecah 5,000 nits bakal menjamin paparan visual kekal jelas walaupun berada di kawasan terbuka. Ditambah pula sokongan refresh rate setinggi 120Hz, segala animasi atau pengalaman skrol dijamin tiada tolok bandingannya.

Kapasiti sebesar 6,000mAh yang disertakan sememangnya satu kelebihan yang membuatkan peranti ini boleh bertahan selama beberapa hari dan boleh bertugas dalam jangka masa panjang.

Malah, memiliki sokongan pengecasan pantas setinggi 100 Watt juga memberikan kemudahan buat pengguna untuk mengecas penuh dalam masa singkat.

Ciri AI yang advanced


Dengan spesifikasi canggih sebegitu, boleh dianggap ia sebagai alternatif kepada laptop anda sekiranya mahu membuat kerja kreatif atau profesional secara remote walau di mana jua.

Tahukah anda model siri HONOR 400 ini menjadi telefon pintar pertama di dunia yang memiliki ciri AI yang boleh mengubah imej bertukar menjadi video?

Bayangkan, apabila gambar momen indah anda bersama tersayang atau pemandangan sewaktu melancong boleh bertukar menjadi bergerak seumpama satu klip rakaman video pendek lalu boleh digabungkan menjadi satu jalan cerita yang menarik menerusinya.

Siri HONOR 400 telah mengintegrasi dengan perisian AI yang serba canggih dalam membantu mengembangkan malahan mereliasasikan idea kreatif yang pada awalnya hanya sekadar lakaran atau gambar semata-mata.

Menariknya, anda sebagai pencipta konten atau kaki fotografi pasti menikmati ciri AI Cutout yang boleh menghilangkan objek atau individu yang tidak dikehendaki di dalam gambar dengan mudah malahan sedia menambah baik angle gambar untuk hasil sinematik yang lebih profesional.

Gambar anda terlihat pantulan objek atau cahaya? Jangan risau AI di dalam HONOR 400 Pro ini sedia membuangnya serta memastikan hasil gambar yang natural tanpanya seperti tiada pantulan sama sekali.

Selain itu, anda juga boleh menghidupkan semula gambar vintaj menjadi kualiti seakan pada masa kini dengan satu klik sahaja.

Ciri menarik lain antaranya ialah AI Motion Sensing Capture untuk ambil gambar automatik bila ada pergerakan menarik serta AI Natural Tone 2.0 dalam memastikan warna kulit dalam gambar nampak semula jadi walaupun dalam lighting mencabar.

HONOR 400 Pro, Sebuah Peranti Canggih Yang Bawa Kreativiti Ke ‘Next Level’
Jelas tertera AI

Teknologi AI Super Zoom 50X pada HONOR 400 Pro membolehkan anda mengambil gambar jarak jauh dengan sangat jelas dan tajam. Sistem pintar ini memastikan gambar yang anda ambil sentiasa stabil dan berkualiti tinggi, tak kira jauh mana pun subjeknya.

Kemampuan kamera bak profesional

Dengan kamera 200MP dan sensor besar 1/1.4-inci, setiap detail gambar ditangkap dengan jelas dan tajam. Sistem kamera juga menyokong Super HDR dan 4K video recording – sesuai untuk yang suka hasilkan content berkualiti tinggi.

Anda boleh lihat sendiri hasil gambar yang berjaya ditangkap oleh peranti Honor 400 Pro ini menerusi hantaran carousel oleh Fahmie Izwan.

Boleh diperhatikan, setiap detail, tona warna, pencahayaan, ketajaman bagi gambar yang dihasilkan.

Pre-Order Sekarang, Dapat Free Gifts Gempak

Honor
Beli telefon dapat hadiah kamera

HONOR 400 Series kini dibuka untuk pre-order hingga 29 Mei. Menariknya, anda yang  membuat pra-tempahan model HONOR 400 Pro berpeluang dapat Fujifilm Instax Camera secara PERCUMA bersama hadiah eksklusif lain!

Berikut adalah  harga jualan di Malaysia untuk siri Honor 400:-

  • Honor 400 Pro (12/512GB) – RM2699

Honor 400 (12/256GB) – RM1899

Honor 400 (12/512GB) – RM2199

Jangan lepaskan peluang, klik di sini untuk buat pra-tempahan segera. Dalam pada itu, ikuti laman media sosial HONOR Malaysia di IG, Facebook, X dan YouTube untuk sebarang kemas kini maklumat atau promosi menarik.