Pihak hospital tampil memberi penjelasan berhubung jenazah seorang bayi, dikenali sebagai Adik Adham Mikail yang dibekukan selama dua minggu oleh kerana si bapa tidak mampu membayar kos bil pada ketika itu.
Menurut pihak hospital, ibu bayi itu diterima masuk ke hospital atas dasar kemanusiaan walaupun tidak berdaftar dan tidak menjalani saringan awal.
Baca Juga:
Pada masa sama pihak hospital menunggu si bapa untuk satu jangka masa yang lama untuk menyempurnakan jenazah anaknya.
Bagaimanapun, penjelasan pihak hospital itu dibidas oleh Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Chai.
Menerusi hantaran Facebook terbaharu Wan Chai, pihak hospital didakwa cuba memutar belit fakta insiden itu berlaku.
Dalam kenyataan rasmi, pihak hospital mendakwa pada ketika itu si isteri dan seorang lelaki yang datang adalah bukan pasangan suami isteri.
Bagaimanapun, difahamkan si ibu dihantar oleh jirannya ke hospital sebelum si bapa bergegas ke hospital dari tempat kerja selepas mendapat tahu berita tersebut.
Pihak hospital mendakwa si bapa enggan menguruskan jenazah anak sendiri sehingga ditahan selama dua minggu.
Wan Chai mempunyai bukti salah seorang rakan si bapa telah datang ke hospital membuat pembayaran sebanyak RM663 pada tarikh 7 Disember. Namun salah seorang staff hospital pada ketika itu meminta baki bayaran RM1,817 hendaklah dilunaskan sebelum jenazah bayi boleh dibawa keluar.
Difahamkan baki bayaran dilangsaikan pada 11 Disember oleh seorang individu.
Setelah itu barulah jenazah Adik Adham diuruskan, disemadikan di Selat Klang, Selangor.
Pihak hospital mendakwa si ibu keluar daripada hospital pada 7 Disember. Bagaimanapun Wan Chai mempunyai gambar menunjukkan rakan si bapa menemui pasangan suami isteri itu di dalam hospital pada tarikh tersebut. Si ibu dan bayinya hanya dikeluarkan pada 9 Disember.
Kenyataan rasmi hospital yang banyak bercanggah dengan kronologi membuatkan warganet skeptikal dengan sikap profesional badan perubatan itu.
Ramai netizen berharap agar ada pihak profesional yang dapat tampil membantu tegakkan keadilan buat ibu bapa adik Adham.