Semalam, jenama terkemuka dunia Supreme berkongsikan senarai barangan aksesori yang akan dikeluarkan oleh jenama ini untuk musim Bunga/Panas 2019.

Setiap tahun Supreme biasanya akan menghasilkan pelbagai kolaborasi yang sangat random dan paling menarik perhatian rakyat Malaysia semestinya model edisi terhad antara Supreme x Hot Wheels. Baharu saja teaser, Supreme/Hot Wheels Fleet Flyer + 1992 BMW M3 ini sudah jadi antara model paling diingini oleh para pengumpul tegar Hot Wheels.

Antara aksesori lain yang menarik perhatian kami adalah pistol air, set drum Pearl (musim lalu Supreme sudah hasilkan kolaborasi bersama Fender), set snorkel, set pembancuh kopi dan plaster luka.

Supreme 1

supreme 2

supreme 3

supreme 4

supreme 5

supreme 6

Untuk senarai koleksi penuh aksesori musim Bunga/Panas, anda boleh melihatnya di sini. Yang pasti, ramai yang sudah menjadikan kereta Hot Wheels x Supreme sebagai target utama dan akan dijual kembali dengan harga berlipat kali ganda.