Nampaknya Huawei sekali lagi bakal menggegarkan industri telefon pintar melalui siri ‘Mate’ dengan melancarkan Huawei Mate 20. Berdasarkan jemputan Huawei, model ini bakal dilancarkan secara rasmi di London pada 16 Oktober ini.
Seperti model-model telefon pintar yang lain, Huawei Mate 20 juga tidak terlepas daripada info yang tertiris. Difahamkan pada model ini Huawei nampaknya bakal meneruskan trend tiga kamera pada bahagian belakang. Menariknya, rekaannya turut diberi perubahan agar tampil lebih kemas dan unik berbanding sebelum ini.

Just Huawei doing Huawei things. This looks a lot like the triple camera module for the Huawei Mate 20 Pro. Seen on the Huawei booth at #IFA2018. pic.twitter.com/qLlsuUm0ik
— Roland Quandt (@rquandt) August 31, 2018
Selain itu, model ini juga bakal menjadi model pertama Huawei dengan penggunaan processor Kirin 980 dimana Huawei menjanjikan kuasa pemprosesan yang lebih baik serta penjimatan bateri berbanding model sebelum ini.
Buat peminat Huawei diluar sana, nampaknya 16 Oktober bakal menjadi saksi model terbaru Huawei. Kami tidak sabar untuk mengetahui bagaimana Huawei Mate 20 mampu menandingi P20 Pro lebih-lebih pada bahagian kamera.