Kehadiran Huawei Watch Buds telah merancakkan arena jam pintar kerana mempunyai fon telinga terbina padanya. Sudah pun diperkenalkan pada bulan Februari lalu, kini giliran pengguna Malaysia pula untuk mendapatkannya.
Difahamkan Huawei Watch Buds merupakan salah satu produk baharu yang bakal diumumkan di Malaysia pada 11 Mei kelak. Menariknya, kini Huawei Watch Buds sudah didapati telah disenaraikan menerusi salah satu kedai atas talian rasmi Huawei di Lazada.
Baca Juga:
- HUAWEI Tawar Diskaun Sehingga RM1,200 Sempena Hari Ibu Mulai 5 Mei Ini
- HUAWEI Mate50 Pro Lebih Lasak Dan Popular! Turut Sokong Aplikasi Google Baharu

Harga asal yang ditawarkan adalah RM2,199 namun telah diturunkan kepada RM1,999 untuk pembelian yang dibuat antara tarikh 1 hingga 11 Mei 2023. Jadi, anda boleh berjimat sebanyak RM200 dalam mendapatkan satu pakej jam pintar dan fon telinga bersamanya.

Seperti namanya, ia merupakan jam tangan dengan integrasi fon telinga dalam satu peranti. Dengan ini ia membolehkan pengguna memakai jam tangan, di samping turut membuka bahagian muka jam bagi mengakses fon telinga wireless terbina. Huawei telah menggunakan penutup muka jam berasaskan magnetik untuk tujuan ini.
Selain itu, jam pintar ini disertakan dengan kebolehan penjejakan nadi, sistem GPS, menjejak tidur, menjejak aktiviti sukan dan melakukan panggilan telefon apabila diperlukan.

Huawei mendakwa ketahanan bateri boleh mencapai 3 hari dengan penggunaan biasa, di samping bateri fon telinga pula boleh bertahan 3 jam dengan ANC.