Pada 1 April dan hari ke-2 umat Islam di Malaysia menyambut bulan Syawal, satu kebocoran saluran gas berhampiran Putra Heights telah mencetuskan letupan besar—dan apa yang berlaku selepas itu membuatkan ramai tertanya-tanya.
Daripada hujan biasa, penduduk di beberapa kawasan Puchong dikejutkan dengan kejadian “hujan batu”, di mana batu-batu kecil jatuh dari langit.
Seorang pengguna Facebook berkongsi gambar yang menunjukkan serpihan batu kecil berselerak di atas tanah, malah ada yang terjatuh ke dalam tangannya.
“Apa dah jadi dengan cuaca hari ni? Kenapa hujan batu kecil?” tulisnya.
Hantaran itu dengan pantas menjadi tumpuan ramai, dengan ratusan komen dari penduduk di Puchong Utama, Putra Heights, dan Meranti Jaya yang mengesahkan mereka turut mengalami perkara sama.
Seorang netizen berkongsi pengalamannya ketika sedang makan di sebuah kopitiam, di mana batu kecil jatuh ke dalam minumannya.
Ada juga yang melaporkan batu-batu tiba-tiba muncul di bumbung rumah atau kawasan porch selepas hujan.
Hujan Batu: Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
Fenomena ini mungkin ada kaitan dengan letupan saluran gas yang berlaku lebih awal.
Letupan kuat boleh menghasilkan serpihan yang terpelanting tinggi ke udara, kemudian jatuh semula ke bumi seperti hujan batu.
Selain itu, ada kemungkinan ia disebabkan oleh aktiviti pembinaan berhampiran atau angin kencang yang membawa partikel dari kawasan berdekatan.
Namun, pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar kejadian ini. Penduduk dinasihatkan untuk berhati-hati dan melaporkan sebarang kerosakan harta benda atau kecederaan yang dialami.
Untuk rekod, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan dan PETRONAS akan menyalurkan bantuan itu serta merta kepada mangsa.
Anwar berkata, “Untuk langkah segera, dalam satu atau dua hari ini, PETRONAS atau kalau perlu, kerajaan persekutuan akan melihat keperluan untuk menambah lagi bantuan.