Walaupun orang cukup sifat sudah mengetahui parkir berwarna biru dengan logo orang berkerusi roda itu khas untuk golongan orang kurang upaya, masih ada yang pentingkan diri sendiri menggunakan kawasan parkir OKU tersebut.
Baru-baru ini pusat belah IOI City Mall berkongsi video eksperimen sosial untuk melihat sama ada pengunjung mereka menyalahgunakan parkir khas itu.
Baca Juga:
- Curi Parkir Dan Patahkan ‘Wiper’ Kereta Pemandu OKU, Tindakan Pemandu Teksi Ini Undang Kecaman Netizen
- Berang Kereta Dikunci Dan Didenda, Lelaki Ini Dakwa Alami Kecemasan Punca Parkir Tempat OKU
- Lelaki Ini Bingung Disaman RM300 Oleh PBT Walaupun Mempunyai Stiker OKU Pada Kereta
Video tersebut dirakam bersama TikToker terkenal, @IamZach (Zachary) pada hari minggu, di mana ia merupakan waktu puncak pusat beli-belah itu menerima kehadiran pelanggan.
@ioicitymallmy What are your thoughts on OKU parking usage? A social experiment in IOI City Mall, in collaboration with @IamZach #socialexperiment #ioicitymall #okuparking
Pada awal video, mereka dapat merakam aksi beberapa pelanggan datang sekeluarga menggunakan petak parkir khas itu.
Selepas 90 minit, datang sebuah Proton Iriz terus masuk ke dalam parkir OKU di hadapan pintu masuk pusat beli-belah.
Pasangan yang keluar dari kereta tersebut terus berjalan menuju ke dalam pusat beli-belah seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Zachary segera berjalan kepada mereka dan memberitahu yang mereka tidak sepatutnya meletakkan kenderaan di parkir khas tersebut.
“I sekejap je Ok?” ujar pemandu Iriz itu sejurus ditegur Zachary.
TikToker itu mengikut belakang pasangan tersebut dan menyatakan bahawa tindakan mereka adalah salah dan mencadangkan mereka mengubah kenderaan daripada parkir OKU.
Bagaimanapun respon pemandu itu agak mengejutkan.
“You tak kerja sini then, you OKU ke apa? Kalau you bukan OKU, you bukan kerja sini, you rilek dah lah.
“Tak payah kacau-kacau. I nak cepat ini eh,” jawab lelaki itu meninggal Zachary terpinga-pinga.
Netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap respon yang diberikan oleh pasangan yang menyalahgunakan parkir OKU itu.
Ramai yang kurang senang dan tidak puas hati melihat keangkuhan lelaki tersebut ‘menjawab’ apabila ditegur.
Pada masa sama mereka mencadangkan sekiranya orang ramai hadapi situasi seperti itu, terus buat aduan ke pejabat pengurusan pusat beli-belah untuk diambil tindakan.
It is high time to for gov to consider issuing polis saman to those who park at OKU lot.
— JuneST (@JuneSTBeris) December 19, 2023
Report to the mall security. They can clamp the car if not valid OKU.
— Nazif (@MohdNazif) December 18, 2023
Mungkin alternatif lain di tempat parking O.K.U boleh letak cctv sekali dengan pembesar suara. Nampak je yang keluar kereta tu orang normal dan takda pelekat O.K.U. Boleh terus buat pengunguman. Jika tidak di alihkan boleh saman atau clamp tayar
— ziqman (@haziqaiman97_) December 18, 2023
Dalam pada itu, ada netizen mencadangkan agar pusat beli-belah meletakkan CCTV untuk mengawal penyalahgunaan parkir OKU yang berleluasa.
Dengan itu, pihak pusat beli-belah dapat buat pengumuman meminta pemilik-pemilik mengalihkan kenderaan mereka daripada petak parkir khas. Andaikata berdegil, tindakan boleh dikenakan seperti denda dan clamp tayar mereka.
Pada akhir video walaupun lelaki tersebut menyatakan mereka ‘sekejap’ sahaja, didapati pasangan terbabit mengambil masa kira-kira 40 minit untuk keluar dari pusat beli-belah tersebut.