Pernahkah anda mendengar nama Zachary Stein? Netizen heboh dengan satu kes lama yang dianggap mengelirukan. Di mana Stein yang menjadi wira penyelamat nyawa kanak kanak berusia 5 tahun telah didakwa di atas pertuduhan jenayah di mahkamah.

Zachary Stein sebelum ini berdepan dengan hukuman 10 tahun kerana ‘kesalahannya’.

Semuanya gara gara ibu bapa kanak kanak tersebut telah membuat laporan polis menuduh Stein sebagai tidak cukup bersungguh sungguh menyelamatkan anak mereka.

Adakah anak mereka mati? Tidak! Kerana ketangkasan dan kepakaran Stein mengesan seorang kanak kanak lelaki yang terkapai kapai kelemasan, dalam kerumuman yang ramai di dalam kolam renang, tindakan pantasnya telah menyelamatkan kanak kanak tersebut.

Kisah Zachary Stein: Wira yang dianggap penjenayah oleh ibu bapa kanak kanak yang kelemasan

Kejadian itu berlaku pada Ogos 2017, seorang penyelamat muda bernama Zachary Stein (23 tahun) bertugas di Chelsea Piers Aquatic Center, Stamford, Connecticut.

Malangnya, berlaku satu insiden tragis: seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun hampir lemas selepas berada di dalam air selama lebih daripada 4 minit.

Mujur Stein bertindak pantas memberikan CPR, dan kanak-kanak itu berjaya diselamatkan.

Namun, perkara tidak berakhir di situ. Pihak berkuasa memutuskan untuk mendakwa Stein atas tuduhan, reckless endangerment (membahayakan secara cuai), dan risk of injury to a child (membahayakan keselamatan kanak-kanak).

zachary stein

Kertas siasatan dan pertuduhan itu dibuka gara gara tindakan ibu bapa kanak kanak tersebut yang tidak berpuas hati dengan Stein yang dianggap tidak cukup bagus dalam tugasannya.

Alasan pendakwaan? Sebagai penyelamat, dia sepatutnya lebih berwaspada dan tidak membiarkan insiden itu berlaku ataupun pantas mencegahnya.

Hasil siasatan mendapati Stein didapati tidak merokok atau bermain dengan telefon ketika  bertugas. Cuma dia berdepan kesukaran melihat kanak kanak itu lebih awal akibat pantulan cahaya matahari pada permukaan air kolam.

Stein memilih untuk tidak mengaku bersalah, tetapi bersetuju menjalani program pemulihan khas selama 2 tahun. Jika berjaya mematuhinya, rekod kes ini akan dipadam.

Ibu kanak kanak itu bercakap kepada Stein dengan berkata bahawa pemuda itu patut meringkuk dalam penjara kerana hampir membuatkan anaknya terbunuh.

@lasc.sarah

He saved a drowning boy — and now he’s being sued by the boy’s parents. He could be facing over 10 years in prison. 24-year-old Zachary Stein had just graduated from college. After struggling to find a full-time job, he decided to take a temporary position as a lifeguard at a local pool. The job paid $16 an hour, and his main responsibility was to ensure the safety of everyone in the pool. Last summer, about 66 kids from various camps were playing at the pool — and Zachary was the only lifeguard on duty. During that time, a 5-year-old boy nearly drowned. As soon as Zachary noticed what was happening, he jumped into the water, pulled the boy out, and immediately performed CPR. The child was rushed to the hospital and made a full recovery within a day. Doctors said the incident left no lasting damage. But the boy’s parents are now suing Zachary Stein, claiming it was his negligence that nearly cost their son’s life. According to their lawsuit, the boy had been underwater for nearly four minutes before Zachary noticed him. However, Zachary wasn’t distracted by his phone or taking a smoke break — he explained that the intense glare from the sun on the water made it almost impossible to see beneath the surface, which caused the delay. Zachary is now being charged with reckless endangerment and injury to a minor. If convicted, he could face more than 10 years behind bars. He was making $16 an hour, saved a child’s life — and now he might end up in prison. Does that sound fair to you? Drop your thoughts in the comments. #courtroom #crime #court #prison #fyp #murder

♬ original sound – LASC.sarah

Kes ini mencetuskan perdebatan di media sosial. Ramai tertanya-tanya:

“Wajarkah seorang penyelamat yang berjaya menyelamatkan nyawa tetap dikenakan tindakan undang-undang?”

Namun, pihak mahkamah menegaskan bahawa tugas utama seorang penyelamat adalah mencegah kemalangan, bukan sekadar bertindak apabila kemalangan sudah berlaku.

Respon netizen

Seterusnya apa yang lebih membuatkan netizen bengang, kerana ibu bapa kanak kanak itu telah membiarkan anak mereka berenang tanpa pengawasan mereka. Dan sekarang, Zachary Stein pula yang dituduh cuai? Bagaimana dengan ibu bapa mereka?

Netizen seterusnya juga hairan bagaimana ibu bapa kanak kanak itu terlepas daripada pertuduhan pengabaian kanak kanak.

Yang lain menyindir: “Jelas sekali menurut undang undang, jika kamu melihat seseorang sedang lemas, biarkan sahaja mereka atau kamu akan didapati bersalah di mahkamah.”

Ibu Bapa Ini Mahu Zachary Stein Dipenjara Selepas Selamatkan Nyawa Anak Mereka Daripada Lemas

Ada yang menuduh ibu bapa kanak kanak tersebut sengaja mahu mencari wang mudah atau easy money menerusi kes berkaitan dengan nyawa. Dan sanggup mendakwa penyelamat nyawa anak mereka sendiri iaitu Zachary Stein.

Peguam  yang mewakili Stein mendedahkan  bahawa pemuda itu tidak henti henti mendoakan kesembuhan kanak kanak tersebut.