Biasalah buat perkara nakal adalah salah satu asam garam ketika berada di bangku persekolahan. Bagaimanapun, kenakalan budak sekolah tidak patut melampaui batasan sehingga merosakkan harta benda orang lain sesuka hati.

Baru-baru ini, seorang ibu meluahkan rasa terkilah apabila kasut yang dibeli untuk anaknya hanya bertahan selama seminggu kerana telah disabotaj oleh individu yang berniat jahat.

“Macam nak menangis tengok kasut sekolah kena gunting dengan budak nakal masa sekolah di masjid. Baru je pakai seminggu,” luahnya di platform Threads.

kasut sekolah disabotaj
Sumber Gambar: Threadds

Berdasarkan gambar yang dikongsi, kelihatan kedua-dua belah tepi kasut sengaja digunting yang dipercayai atas alasan mahu membuli mangsa.

Wanita ini juga berkata dia sudah memaklumkan kepada pihak sekolah dan mahu perkara ini dibangkitkan oleh guru disiplin. Difahamkan anaknya baru sahaja bertukar sekolah baharu itu dan mungkin menjadi sasaran mudah oleh pembuli di situ.

Perkongsian wanita itu langsung menjadi perhatian hangat dan mengundang pelbagai reaksi dari netizen berhubung isu berkenaan.

Ramai meluahkan rasa mengecam tindakan nakal atau boleh dikatakan sebagai buli terbabit dan berharap agar ibunya boleh menjejak pelajar yang berbuat perbuatan khianat itu.

Mereka tahu betapa peritnya para ibu bapa perlu berbelanja besar dalam mendapatkan sepasang kasut baharu lagi.

“Allah akhbar!!!!….jahat sungguh sapa gunting tuuu!!! Marah i…sbb cost nak beli kasut…ingat senang ke nak kumpul duit…dah le kasut baru,” luah seorang netizen.

“Ni bukan nakal. ni baghal punya budak. ingat kasut sekolah tu harga macam gula gula kat kedai ke. bangang,” marah seorang lagi.

“Budak2 nakal ni ada kat mana2. Jam tangan anak saya saja baleng sana sini pecah berkecai, saya minta ganti rugi, ibu bapa sibuk nak tengok resit.

“Takde 1pun minta maaf. (Jam tangan dilepas masa nak solat, jatuh pulak bawah meja, masa tu lah dorang buat keje) buat pun depan kawan2 lain, tunjung samseng,” mengimbas kembali insiden yang berlaku terhadap anaknya.

Malah, ada yang berkongsi pengalaman sebenar yang mana pelajar nakal memang wujud dimana-mana dan sentiasa mencari mangsa yang lemah di sekitar mereka.

Sebahagian netizen yang pernah menjadi mangsa buli sedemikian berharap agar anaknya akan kekal cekal dan kuat menghadapinya dan jika perlu bangkit melawan si pembuli bila bersemuka.