Dengan portfolio dalam bidang internet yang melebihi paras bilion-dollar, Catcha Group CEO Patrick Grove semestinya salah seorang permata berlian dalam ekosistem Asia’s startup. Setiap apa yang dilakukan oleh beliau pasti menarik perhatian, lihatlah berapa banyak startup yang berjaya di bawah seliaan beliau seperti iProperty, iCar dan sebagainya.
Kali ini Grove akan memasuki arena kandungan berbentuk video dan penstriman filem seumpama Netflix. Untuk pengetahuan anda perkhidmatan iFlix ini akan membolehkan pengguna menonton kandungan dalam bentuk video dan filem terus pada telefon pintar.
“We were frustrated that, with such busy work schedules and always being mobile, it was impossible to watch what we wanted when we wanted,” Grove menerangkan. “We saw that Netflix had pioneered a great internet TV business model, and wondered if that would work in Asia with a focus on mobile.”
“More than 90 percent of ASEAN households currently consume pirated content,” beliau berkata lagi. “This has been an enormous problem for American content producers, who create the high-quality entertainment that Southeast Asian consumers desire, but rarely receive the financial benefit.”
Salah satu sebab mengapa iFlix akan berjaya di Asia adalah kerana harga langganan bulanan untuk iFlix akan dijual lebih murah daripada membeli sebuah DVD cetak-rompak iaitu RM 8. Buat masa ini, iFlix masih dalam tempoh percubaan. Pengguna masih belum ada pilihan HD, sarikata dan pilihan filem adalah masih terhad. Untuk pengguna iOS dan Android, anda bolehlah mencuba dengan memuat turun aplikasi iFlix di bawah.
Muat-turun: iFlix untuk iOS
Muat-turun: iFlix untuk Android