Sekiranya sebelum ini orang ramai perlu melanggan iflix untuk menonton bola atau siri drama eksklusif iflix, kini tidak lagi.
Aplikasi penstriman ini mengumumkan mereka telah memperkenalkan #iflixFree bagi membolehkan orang ramai menonton iflix secara percuma. Seperti yang dijangkakan, tontonan percuma ini bakal hadir dengan iklan dimana. Selain itu, drama dan siri yang ditawarkan juga agak terbatas berbanding pelanggan berbayar.
Kami dapati ianya merupakan sebuah inisiatif yang baik daripada iflix bagi membolehkan pengguna mencuba terlebih dahulu aplikasi mereka sebelum melanggan secara penuh.