Pusat beli-belah AEON MALL Rawang Anggun mengumumkan penyewa terbaharunya, kedai pop-up kedai perabot terkemuka Sweden, IKEA.

Kedai pop-up itu menyediakan beberapa produk terpilih yang memudahkan penduduk sekitar Rawang mendapatkan barangan IKEA tanpa perlu keluar kawasan.

Baca Juga:

IKEA Buka Kedai 'Pop-Up' Dalam AEON MALL Rawang Anggun
Sumber Gambar: Facebook AEON MALL Rawang Anggun

Daripada hantaran Facebook AEON MALL Rawang Anggun antara barangan yang boleh didapatkan adalah cawan, bekas simpan air, pinggan, mangkuk, tuala, rak kecil, selimut dan pelbagai lagi.

Pada masa sama, produk-produk makanan sejuk beku dan kering turut ada di situ seperti bebola daging, karipap, popia, biskut, coklat dan jem.

IKEA Buka Kedai 'Pop-Up' Dalam AEON MALL Rawang Anggun
Sumber Gambar: Facebook AEON MALL Rawang Anggun
IKEA Buka Kedai 'Pop-Up' Dalam AEON MALL Rawang Anggun
Sumber Gambar: Facebook AEON MALL Rawang Anggun

Bagi yang tidak tahu, kedai pop-up IKEA lebih kecil dan beroperasi dalam tempoh sementara sahaja.

Jika anda yang tinggal sekitar Rawang mahu melihat sendiri, atau membeli-belah jenama IKEA, bolehlah ke IKEA Pop-up Store di Lot F32, AEON Mall Rawang nanti.