IKEA sekali lagi berjaya buktikan produk mereka bukan sahaja simple dan minimalis, malah sesuai dengan peredaran zaman. Sempena pelancaran Apple iPhone 8 dan 8 Plus, IKEA telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu RIGGAD atau lampu meja. Bukan sekadar lampu meja biasa, RIGGAD turut dilengkapi dengan teknologi wireless charging.
Untuk pengetahuan anda, IKEA telah mula memfokuskan kepada teknologi wireless charging ini sejak 2015 namun dikatakan pelancaran Apple iPhone terbaru bakal membuatkan lampu meja ini menjadi rebutan setelah sekian lama.
Sekiranya anda Apple fanboy atau peminat tegar Apple, pastinya anda merindui gaya promosi mendiang Steve Jobs. Ayat seperti ‘This will change everything’ dan ‘One more thing’ antara yang diubahsuai oleh IKEA sebagai gaya penghargaan mereka buat mendiang Steve Jobs. Berikut merupakan antara iklan yang dihasilkan. Good job IKEA!

Sebuah promosi yang sangat menarik meskipun dipersembahkan dengan gaya yang sederhana. Gaya promosi ini bukan sahaja bakal meningkatkan penjualan kedua-dua produk, malah mengeratkan hubungan diantara IKEA dan Apple.
Terbaru, melalui kemaskini pada iOS 11, pengguna berpeluang untuk menggunakan teknologi augmented reality (AR) untuk memadankan perabot IKEA pada kediaman mereka. Anda boleh tonton video dibawah bagaimana teknologi ini berfungsi.
Baca lagi: Ini Yang Jadi Apabila IKEA Membuat Iklan Parodi Apple