Peminat setia animasi Ejen Ali pastinya tidak sabar untuk menonton filem Ejen Ali The Movie 2 yang akan ditayangkan di pawagam pada 22 Mei depan. Lagi-lagi selepas menonton trailer rasmi pertamanya.

Dalam trailer tersebut, Ejen Ali dilihat bakal tampil dengan mod Satria, persalinan baharunya untuk menentang musuh! “Geng bapak bapak hadir, peneman anak nanti di wayang,” tulis salah seorang netizen yang sudah menonton trailer ini.

Mod Ejen Ali kini semakin membara, bukan sahaja dalam kalangan peminat setia, tetapi juga dalam inisiatif luar biasa yang diambil oleh pawagam-pawagam tempatan.

Salah satu yang mencuri perhatian adalah usaha pawagam tempatan, yang tampil berani dan kreatif mengangkat jenama animasi Malaysia ini ke satu tahap baharu.

Ikon Mod Satria Ejen Ali Di Aplikasi TGV Cinemas Buat Peminat Teruja
Perkongsian Husni Husni di Movie Addict MY

Seorang peminat juga berkongsi rasa terujanya.“Fuh, rasa bangga jap. Bukan mudah filem tempatan nak dapat sorotan macam ni, selalu filem asing je yang dapat,” tulis Husni Husni dalam satu hantaran Facebook.

Beli tiket dan ikon Ejen Ali akan muncul

Ikon Mod Satria Ejen Ali Di Aplikasi TGV Cinemas Buat Peminat Teruja
TGV Cinemas

Jika anda buat pembelian tiket di aplikasi atau laman web TGV Cinemas, wajah Ejen Ali akan tertera pada skrin. Walaupun di mata orang ramai ia sesuatu yang biasa, namun bagi peminat setia, ia menambah keterujaan mereka terhadap filem ini.

Rata-rata peminat menyatakan mereka tidak sabar menantikan aksi terbaharu dalam filem ini. Dengan jalan cerita yang menjanjikan konflik, persahabatan dan cabaran baharu, Ejen Ali The Movie 2 dijangka menjadi fenomena filem animasi Malaysia tahun ini.

Jangan lupa lock tarikh 22 Mei depan dan bawa keluarga menonton bersama-sama filem animasi hebat Ejen Ali The Movie 2. Jom!