2014 telah melabuhkan tirainya, dan hari ini, 2015 datang dengan membawa harapan baru. 2014, satu tahun yang dipenuhi episod duka buat negara, menjadikan kita rakyat Malaysia menjadi lebih bersatu dan memahami antara satu sama lain. 2014 juga menyaksikan kami The Vocket lahir, membesar dari seorang bayi dan kini masih bertatih dalam dunia internet Malaysia. Mari saksikan apakah yang telah berlaku dalam Malaysia sepanjang tahun 2014 ini:

Januari

  • 1 Januari – Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 dilancarkan.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 1 Januari – Johor menukar cuti mingguan dari Sabtu dan Ahad ke Jumaat dan Sabtu.
  • 14 Januari – Seorang individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah telah ditahan polis dan disoal siasat di bawah Akta Hasutan.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 15 Januari – Rangka asli manusia tertua di Malaysia, Perak Man, yang dijumpai 24 tahun lalu, secara rasminya dibuka untuk pameran umum di Galeri Arkeologi Lenggong, Lenggong, Perak.
  • 16 Januari – Muzium coklat yang pertama di Asia Tenggara, Chocolate Museum@Kota Damansara, Kota Damansara, Selangor secara rasminya dibuka.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 18 Januari – Sepasang suami isteri, Azizul Raheem Awalludin, pengarah Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Nurshal ditahan di Sweden diatas dakwaan memukul salah seorang dari empat anak di rumah mereka di Stockholm.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 23–26 Januari – Fenomena cuaca sejuk memberi kesan pada kebanyakan bahagian di Semenanjung Malaysia. Pada 23 Januari, suhu di Kuala Krai, Kelantan adalah 17’C dan Gong Kedak, Besut, Terengganu adalah 19’C. Hari berikutnya pada 25 Januari, suhu di Gunung Kinabalu, Sabah adalah -3’C.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia


Februari

  • 3 Februari – Polis mengesahkan kebakaran yang berlaku di The Red Carpet Wax Museum di I-City yang berlaku pada 29 Januari dan memusnahkan 10 buah pameran adalah disebabkan oleh sabotaj.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 8 Februari – Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan perletakan jawatan setelah menerajui kerajaan Sarawak selama 33 tahun.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • Februari – Cuaca kering dan panas melanda Semenanjung Malaysia.
  • 18 Februari – Pelakon popular Erra Fazira dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin disahkan bercerai.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 19 Februari – Krisis air melanda Negeri Sembilan setelah paras air di tujuh empangan di negeri itu melepasi paras kritikal.
  • 21 Februari – Lapan remaja lelaki hilang dalam tragedi lemas di Sungai Muar di Buloh Kasap, Johor. Pada 22 Februari, mayat kesemua lima remaja yang dilaporkan hilang di Sungai Muar berhampiran Buloh Kasap, telah dijumpai.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 22 Februari – Pelancaran rasmi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 oleh Perdana Menteri, Dato’ Najib Tun Razak.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 25 Februari – Catuan air di Selangor bermula berikutan krisis air di negeri ini .

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia


Mac

  • 1 Mac – Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin.
  • Mac – Jerebu berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia disebabkan oleh cuaca kering dan panas.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 8 Mac – Kapal terbang Boeing 777-2H6ER yang dimiliki oleh Malaysia Airlines (MAS) bernombor MH370 yang membawa 227 penumpang, termasuk 2 bayi, dan 12 anak kapal dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang oleh Pusat Kawalan Trafik Udara Subang. Pada 12:00 malam, MH370 didapati hilang di Laut China Selatan berdekatan Vietnam.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 15 Mac – Hari terakhir Future Music Festival Asia yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, dibatalkan, selepas 5 remaja meninggal dunia disebabkan pengambilan dadah berlebihan.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 23 Mac – 2014 Pilihan raya kecil Kajang menyaksikan kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wan Azizah Wan Ismail menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Chew Mei Fun.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia


April

  • 2 April – Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Najib Tun Razak.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 2 April – Tujuh lelaki dengan senapang M14 menceroboh sebuah resort percutian di Resort Singamata, Semporna, Sabah dan menculik 2 wanita – seorang pelancong China dan seorang pekerja Filipina.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 17 April – Bekas pengerusi Democratic Action Party (DAP) dan juga ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dan pembantunya Michael Cornandez terbunuh akibat kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, Kampar, Perak.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 26–28 April – President Amerika Syarikat, Barack Obama melawat Malaysia buat kali pertama.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 30 April – Catuan air di Selangor ditarik balik bermula 1 Mei.

Mei

  • 1 Mei – Syiling Kesultanan Melayu Melaka dijumpai di Pulau Nangka, Melaka. Akan tetapi ketulenan dakwaan ini masih disiasat.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 11 Mei – Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Sabak Bernam menjadi kecoh apabila ada penyokong yang menghamburkan kata-kata penghinaan.
  • 12 Mei – Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said meletakkan jawatan dan digantikan oleh penggantinya Ahmad Razif Abd Rahman. Kemudian, Ahmad Said berhenti dari UMNO dan menjadi calon bebas Kijal. Langkah beliau turut diikuti beberapa ahli UMNO lain.
  • 14 Mei – Bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said menyertai UMNO semula.
  • 17–18 Mei – 2014 Perlumbaan Udara Dunia Red Bull, Malaysia dilangsungkan di Tasik Putrajaya, Putrajaya.
  • 21 Mei – Ulangtahun ke 40 Hubungan Diplomatik Malaysia-China: Dua ekor panda, Fu Wa dan Feng Yi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Chengdu, China dan kemudian dibawa ke Zoo Negara, Kuala Lumpur.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 24 Mei – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menggantung sijil halal setelah dua produk coklat Cadbury disyaki mengandungi DNA khinzir.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 25 Mei – Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Pahang) dipilih sebagai presiden baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah mengalahkan Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim (Johor) 27-12 pada pemilihan FAM.
  • 28 Mei – Sultan Azlan Shah (Sultan Perak), Yang di-Pertuan Agong ke sembilan(1989–1994), mangkat pada usia 86. Anakanda beliau Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah diangkat sebagai Sultan Perak ke 34 dengan nama Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfurlah.
  • 31 Mei – 2014 Pilihanraya kecil Teluk Intan: Barisan Nasional (BN) memenangi semula kerusi parlimen Teluk Intan. Calon BN, Datuk Mah Siew Keong memenangi pilihanraya kecil ini dengan majoriti 238 undi mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia


Jun

  • 10 Jun – Cadbury Malaysia menerima semula sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selepas hasil ujikaji makmal mengesahkan produknya adalah bebas dari DNA khinzir.
  • 15 Jun – Kehilangan MH370 hari yang ke 100.
  • 22 Jun – Seorang remaja kurang upaya berusia 15 tahun telah ditemui dalam keadaan lapar dan diabaikan di sebuah unit flat di Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan oleh pegawai Jabatan Imigresen, ketika operasi serbuan untuk menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI).

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 24 Jun – Jerebu di Semenanjung Malaysia disebabkan oleh fenomena El Nino.
  • 24 Jun – Pembukaan rasmi KLIA 2, yang merupakan sebahagian daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh Perdana Menteri, Dato’ Najib Tun Razak.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 25 Jun – Dua ekor panda, Feng Yi dan Fu Wa sekarang dikenali sebagai Xing Xing Liang Liang.
  • 26 Jun – Blok asrama lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) di Seksyen 16, Petaling Jaya mengalami kebakaran.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia


Julai

  • 1 Julai – 17 Oktober – Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diadakan buat kali pertama.
  • 3 Julai– Dua anggota tentera meninggal dunia manakala dua cedera parah apabila kereta perisai mereka terlanggar pembahagi jalan dan terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Kuala Kangsar, Perak.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 5 Julai – Biduanita Negara Sharifah Aini meninggal dunia disebabkan jangkitan paru-paru pada umur 61 tahun di Hospital Pakar Damansara, Damansara Utama, Selangor. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara , Kuala Lumpur.
  • 13 Julai – Seorang anggota polis terbunuh manakala seorang lagi diculik selepas sekumpulan lelaki bersenjata menembak rambang di sebuah resort menyelam di Pulau Mabul, Sabah.
  • 14 Julai – Perdana Menteri Dato’ Najib Tun Razak, dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyertai ribuan peminat bola sepak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2014, di mana Jerman mengalahkan Argentina 1-0.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 17 Julai – Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines MH17 membawa 280 penumpang dan 15 kru penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine berdekatan sempadan Russia. Tiada penumpang terselamat.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 22 Julai – Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, lebih dikenali sebagai Kiki, yang bertindak secara keterlaluan terhadap seorang warga emas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kerosakan. Beliau didenda RM5000 atau tiga bulan penjara; dan diperintah melakukan khidmat sosial selama 240 jam dalam tempoh tiga bulan.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 23 Julai – Atlit kebangsaan mengingati MH17 ketika perarakan masuk ke Stadium Celtic pada majlis pembukaan Sukan Komanwel kali ke-20 di Glasgow. Atlit di barisan hadapan memakai pakaian uniform Malaysia Airlines dan pelumba basikal negara Fatehah Mustafa membawa bendera Malaysia separuh tiang tanda berkabung di atas tragedi MH17.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 25 Julai – Azizul Hasni menggemparkan Sukan Komanwel dengan tulisan di sarung tangannya “Save Gaza”. Beliau menghadapi kemungkinan disingkirkan.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia


Ogos

  • 2 Ogos – Sekurang-kurangnya 15,000 orang berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sebagai tanda solidariti dengan warga Palestin di Gaza.
  • 7 Ogos – Polis Pulau Pinang meminta bantuan Interpol untuk mencari 8 warga asing yang merupakan antara 15 orang yang telah menyertai aktiviti bogel di Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang. Lapan warga asing itu termasuk empat dari Singapura, dua dari Myanmar, satu dari Filipina dan satu dari India.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 9 Ogos – Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim telah dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan serta-merta.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 19 Ogos – Dua anggota tentera maut manakala empat lagi parah selepas sebuah kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbalik di Jalan Sungai Tiram, Batu 19, di Sandakan.
  • 22 Ogos – Hari Berkabung Negara untuk mangsa MH17: Kumpulan pertama jenazah tragedi MH17 tiba di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 24 Ogos – Mohd Nasarudin Mohd Yusof adalah rakyat Malaysia pertama memenangi Nobel Peace Prize. Beliau adalah ahli Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons (OPCW).

September

  • 12 September – Adelane Leong, seorang kanak-kanak 8 tahun warga Malaysia terbunuh selepas beliau terpelanting keluar dari kerusi di Airmaxx 360 Spinning Ride di Royal Adelaide Show di Adelaide, Australia.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 15 September – Kereta Electric Efficient Vehicle (EEV) pertama Malaysia, Perodua Axia, dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 19 September – Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya setelah dilanggar oleh sebuah kereta milik seorang pensyarah di dalam kampus.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 23 September – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru Selangor menggantikan Abdul Khalid Ibrahim.
  • 25 September – Model Proton baru, Proton Iriz (codename P2-30A) dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.
  • 26 September – Google telah mengemaskini Google Maps di Malaysia dengan menyiarkan imej Google Street View tempatan.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 30 September – Pengambilan semula dua kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bocor, iaitu Sains dan Bahasa Inggeris.

Oktober

  • 9 Oktober – Seorang mati dan 14 lagi cedera selepas sebiji bom tangan meletup di hadapan
    Sun Complex di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
  • 10 Oktober – Pembentangan Bajet 2015
  • 13 Oktober – Seramai 453,413 pelajar tingkatan tiga seluruh negara menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) kertas bertulis yang pertama kali diadakan.
  • 24 Oktober – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris mengahwini Khaleeda Bustamam.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 31 Oktober – Taman Tema Angry Birds Asia yang pertama dibuka di Komtar@JBCC di Johor Bahru, Johor.

November

  • 3 November – Seramai 455,839 pelajar tingkatan lima menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • 5–6 November – Banjir lumpur berlaku di Bertam Valley dan Ringlet, Cameron Highlands, Pahang. Tiga orang terbunuh manakala dua lagi cedera.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 11 November – Pemain badminton nombor satu Malaysia, Lee Chong Wei digantung sementara oleh Badminton World Federation (BWF) kerana gagal ujian ‘doping’.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 13 November – Google Inc melancarkan doodle khas bersempena ulangtahun kelahiran tokoh bola sepak negara, Mokhtar Dahari yang ke 61 di websitenya.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 19 November – Harga RON97 turun RM0.20 menjadi RM2.55 per liter mulai tengah malam.
  • 21 November – Mulai 1 Disember, semua subsidi untuk petrol RON95 dan diesel dimansuhkan.
  • 26 November – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menamakan semula lapan jalan dengan nama Sultan-sultan Melayu yang pernah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Disember

  • 1 Disember – Harga RON95 turun empat sen dan RON97 turun sembilan sen.
  • 14 Disember – Sebahagian Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Johor dan
    Selangor dilanda banjir. Ia adalah banjir terburuk dalam sejarah Malaysia.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 22 Disember – Keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang pertama diumumkan.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia

  • 28 Disember – Airbus A320 milik AirAsia Indonesia QZ8501 dari Surabaya,
    Indonesia ke Singapura dengan 162 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang dari radar.

Imbasan Peristiwa Sepanjang 2014, Tahun Duka Buat Rakyat Malaysia


Ya, 2014 adalah satu tahun yang berwarna-warni buat rakyat Malaysia. Sebagai penutup, ingin kami persembahkan video klip ini buat anda. Semoga 2015 membawa sinar baru yang menjadikan kita semua lebih kuat berusaha.

Sumber: Wikipedia

Like page The Vocket di Facebook