Sofyank sebelum ini ada mengacah tentang video terbaru yang bakal dibintangi oleh pelakon terkemuka, Beto Kusyairy. Setelah sebulan menantikannya, kini beliau memaklumkan video kolaborasi itu sudah pun boleh ditonton di saluran YouTube miliknya.
Dalam pada itu, Sofyank juga mengatakan bahawa impian untuk merakam video dengan pelakon terkemuka itu akhirnya tercapai jua. Kolaborasi bersama dilakukan bersempena projek video permainan Metal Slug: Awakening.
Baca Juga:
- Cuma Ada 4 Minit Berlakon Bersama, Video Kolaborasi Sofyank Dengan Chris Hemsworth Dipuji Ramai
- ‘Another Level’ – Netizen Terpegun Lihat Video Iklan Terbaharu Sofyank Bersama Jam Tangan Casio
- Berjaya Jadi Inspirasi Buat Para Pelajar, Sofyank Terharu Mural Wajahnya Hiasi Dinding Sekolah
Impian nak shoot video dengan Abang @Beto_Kusyairy akhirnya tercapai 🤍 korang dah tengok video ni? 🙋🏻♂️ pic.twitter.com/2YbrGDgvLV
— sofyank96 (@sofyank96) August 23, 2023
Video promosi ini berkisarkan pengembaraan mereka memasuki ke dalam permainan Metal Slug: Awakening menerusi telefon pintar. Selain mempunyai visual efek yang luar biasa, idea jalan cerita yang ditampilkan juga lebih menyeronokkan.
Sementara itu, orang ramai sedia memuji akan kehebatan visual efek yang ditampilkan pada video kali ini di samping merasa menggamit kenangan kerana ia merupakan permainan retro terkenal yang dimainkan suatu ketika usia kanak-kanak dahulu.
Kami kongsikan video promosi terbaharu hasil Sofyank buat pembaca yang masih belum menontonnya. Apa yang pasti, Sofyank kini berjaya menambah baik dari segi penceritaan serta membawakan visual efek yang lebih realistik menerusinya.