Influencer terkenal, Imran Bard akhirnya tampil memberikan respon di atas kritikan yang diterimanya kerana menyusukan babi.

Pada awalnya dia tidak ambil kisah tentang kritikan diterimanya namun netizen Malaysia menurutnya telah melampaui batas.

Dia menjelaskan bahawa, dia berkongsi gambar dia menyusukan babi kerana anggap pengalaman yang rare, unik dan indah.

Namun gambar gambar tersebut telah membuatkan ramai yang tersinggung menurutnya.

“Gambar gambar ini telah triggered [menyinggung] ramai orang Melayu. Mereka ini memberikan komen yang bukan bukan. Salah seorang pakai purdah, solehah, imej muslim yang patut dicontohi dia melabel Imran Bard dah murtad,” kata Imran.

Ada juga yang melabel dia seorang yang liberal.

“Imran Bard liberal, jadi normallah,” kata netizen yang lain menyindirnya.

Komen yang lain pula: “Biasalah, dia susukan babi itu, dia pun macam babi.”

Seterusnya dia juga dituduh telah membuka ruang kepada orang lain untuk memfitnahnya.

Imran Bard hairan kerana menurutnya, dia tidak faham bagaimana perbuatan menyusukan babi tersebut dianggap membuka ruang fitnah.

“Aku tak sentuh atau peluk babi itu, faham tak,” tegas dia lagi.

Imran Bard mendedahkan bahawa dia sudah merujuk kepada ustaz dan dia diberitahu bahawa adalah tidak berdosa kerana dia tidak makan haiwan itu. Dia malah tidak menyentuhnya.

Dia juga mempertahankan tindakannya dengan menyatakan bahawa: “Lagipun babi itu tetap binatang ciptaan Allah SAW.”

“Aku bukannya bersama dengan wanita yang bukan muhrim, kalau itu aku terima kalau dianggap membuka ruang fitnah.”

“Sekali pun aku buka ruang fitnah, itu bukan peluang anda untuk menjatuhkan fitnah terhadap aku. Ingat fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh.

“Inilah mindset orang Melayu, fitnah boleh, susukan babi tak boleh, bagi makan anjing tak boleh,” tambah influencer itu lagi.

Imran Bard berkongsi pandangan ustaz yang dirujuknya. Masalah utama sekarang adalah Imran Bard ramai pengikut dari kalangan orang Melayu.

“Apa yang aku buat ini tak berdosa, namun ianya dianggap dosa oleh orang Melayu, faham tak.” tegas Imran Bard. Kerana bagi orang Melayu, babi dan anjing itu dianggap tidak sopan. Sedangkan dalam agama, kedua duanya adalah haiwan ciptaan Allah.

Dia menasihati agar netizen tidak terus cepat melenting untuk mengecam dan menormalisasikan fitnah. Akhir sekali dia menegaskan bahawa dia bukan seorang liberal. Kerana dia percaya bahawa cuma ada Islam yang satu sahaja.

@imeringue2

♬ original sound – Anaq Kiriman Heaven – Anaq Kiriman Heaven