Imran Bard dikecam kerana dianggap cuba mernormalisasikan budaya songsang menerusi konten masakannya.
Belum pun reda cerita influencer buat hal di Indonesia, kini Imran Bard – seorang lagi influencer – terlibat dalam satu lagi konten kontroversi.
Dalam video tersebut Imran berlakon sedang memasak untuk pasangannya. Dan mereka sempat berpelukan dengan gaya romantik antara dua orang lelaki.
Imran Bard dikecam
Konten itu jelas tidak disenangi ramai pihak. Kerana menurut mereka jelas sekali Imran Bard telah cuba mempromosikan budaya songsang sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Ianya membuatkan Imran Bard dikecam kerana tidak memikirkan langsung tentang sensitiviti masyarakat di Malaysia terutama sekali yang beragama Islam, dan Imran Bard sendiri pun beragama Islam.
Saya pun tak pandai masak. Ajar lah saya. ☹️🥺 pic.twitter.com/2DN2ZEzAl8
— Mountain Dew 🏔️ (@mountain_dew15) February 6, 2025
Netizen menganggap konten ini sebagai: “Konten ini nampak tidak betul.”
Yang lain meminta pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Imran Bard yang memiliki pengikut yang sangat ramai di media sosial terutama sekali dari kalangan golongan muda.
Netizen berharap Imran Bard dikenakan tindakan yang sewarjarnya di atas konten yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat.
@jabatanmuftiwp mohon pihak berwajib ambil tindakan sewajarnya pada imranbard.
— عائشة 👑🖤🥀💭 (@dpraisyah188) February 7, 2025
Ramai yang kecewa dengan Imran Bard dengan konten yang sebegini rupa.
Netizen seterusnya mempersoalkan apakah tujuan dan motif kontemn sebegini? Adakah ianya untuk mernormalisasikan budaya songsang?
Ada juga yang berpesan kepada Imran Bard, mereka tidak kisah dengan konten lelaki lembut namun janganlah buat konten lelaki songsang.
Kemudian salah seorang peminat Imran Bard berharap influencer itu tidak lagi menghasilkan konten murahan seperti ini. Kerana ianya tidak memberikan sebarang manfaat.
Ini bukanlah kali pertama Imran Bard dikecam. Sebelum ini Imran Bard dikecam kerana konten menyusukan anak babi 3 ekor.
Imran Bard Bengang Dituduh Liberal Dan Murtad Hanya Kerana Menyusukan Babi
Namun dia mempertahankan tindakannya. Kerana menurutnya dia tidak menyentuh anak anak babi tersebut. Lagipun dia juga menjelaskan bahawa dia sudah merujuk kepada pakar agama tentang perkara itu.