Imran Bard minta maaf kepada pelakon yang dia anggap sebagai pelakon diminatinya. Dia kesal kerana telah mengguris hati pelakon tersebut dengan konten parodinya.

Imran Bard tampil memohon maaf secara ikhlas dan lebih beradab. Sebelum ini pempengaruh itu dikritik kerana membuat permohonan maaf dengan nada sinis dan dalam nada ketawa.

Beberapa selebriti turut menegur Imran Bard. Dengan menegaskan bahawa dia harus lebih beradab dalam meminta maaf kepada seseorang terutama sekali Ellie Suriaty yang jauh lebih berusia daripadanya.

Ellie Suriaty terkilan namanya digunakan dalam konten yang dianggap mengaitkannya dengan barang terlarang.

Ellie menegaskan konten itu mencemarkan nama baik dan jenama yang diwakilinya. Ellie Suriaty meminta ibu bapa Imran Bard untuk meminta maaf bagi pihak anaknya.

Ellie Suriaty

Imran Bard pula menyatakan ibunya sedang sakit di wad dan dia sendiri yang meminta maaf dengan memanggil Ellie Suriaty mak cik dalam keadaan sinis.

Imran Bard minta maaf

Kini influencer terkenal itu akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara ikhlas. Dia benar benar kesal dengan konten yang menyinggung perasaan pelakon wanita yang dia minati itu.

Imran Bard berjanji akan lebih berhati hati dalam menghasilkan konten selepas ini.

Bercakap kepada mStar, Imran bard berkata: “Saya Imran Bard memohon maaf secara terbuka kepada Ellie Suriaty. Saya menyesal dengan tindakan itu dan selepas ini akan berhati-hati membuat konten.

imran bard

“Satu sahaja saya nak cakap, saya letak nama dia sebab saya memang minat dan tengok cerita lakonannya, sebab itulah nama dia terngiang-ngiang di fikiran. Sama juga dengan artis veteran lain,” kata Imran Bard minta maaf dengan lebih beradab pada kali ini.

imran bard minta maaf

Pempengaruh itu mengesahkan dia sudah menghantar mesej di kotak mesej peribadi Instagram Ellie Suriaty, namun buat masa ini masih belum dibalas oleh pihak pelakon itu.

Dia tidak menghebohkan tentang perkara itu sebelum ini. Dan masih menunggu maklum balas daripada Ellie Suriaty selepas membuat permintaan maaf secara peribadi di DM pelakon itu.

Ramai juga mencadangkan Imran Bard minta maaf dengan bertemu secara bersemuka dengan pelakon itu untuk meminta maaf. Dan mereka yakin Ellie Suriaty akan lebih menghargainya.