Imran Bard sindir Rita Rudaini dalam konten terbarunya, menurut dakwaan segelintir netizen.

Sebelum ini Rita Rudaini ada menengur pempengaruh tersebut tentang adab kepada orang yang lebih berusia daripadanya, Ellie Suriaty.

Ianya selepas Ellie Suriaty meminta ibu bapa Imran Bard meminta maaf untuk pihak anak mereka.

Namun Imran Bard memberitahu ibunya sedang berada di dalam wad dan tidak dapat berjumpa Ellie Suriaty untuk minta maaf.

Dan Imran Bard sendiri mewakili dirinya untuk meminta maaf dengan berkata: “Minta maaf mak cik.”

imran bard balas ellie suriaty

Rita Rudaini yang merupakan seorang ibu, kesal tindakan anak muda itu dianggap biadap, meminta maaf dengan gaya penuh sinis.

Rita menulis: “Dia bukan makcik hang. Lebih sopan panggil dia ‘Puan’. Cara minta maaf pun tak ada adab.

“‘Saya nak mak bapak dia datang minta maaf’. Kalau yang bijak akan faham apa isi tersirat.”

Rita Rudaini turut mengingatkan influencer tersebut agar menjaga adab,  tidak kira sekaya mana seseorang itu atau sepopular mana mereka.

rita

Rita Rudaini bukanlah selebriti pertama menegur Imran Bard. Sebelum ini, Aidid Marcello juga terkesan dengan sikap Imran Bard.

Dan berharap permintaan maaf dibuat oleh Imran Bard dengan lebih beradab dan bukannya dengan nada tidak serius.

aidid

Imran Bard sindir Rita Rudaini ?

Kemudian Imran Bard memuat naik satu lagi konten komedi di TikTok dan kali ini dia menyentuh tentang artis yang tidak ambil vaksin penggalak.

Walaupun tidak menyebut nama Rita Rudaini dalam kontennya, namun netizen di TikTok membuat andaian bahawa itu ditujukan kepada artis veteran itu dan percaya Imran Bard sindir Rita Rudaini kali ini.

Ianya dianggap respon kepada nasihat pedas Rita Rudaini sebelum ini.

Imran yang berlakon menjadi juri pertandingan nyanyian berkata: “Cuma satu saya nak tanya awak. Awak ambil vaksin tak? ‘Booster’?

Hah, ini masalah awak. Bila awak tak ambil ‘booster’ awak akan tersangkut di ‘note’ F6.

“Saya harap sangat awak ambil ‘booster’ minggu depan.”

@imeringue2

♬ original sound – Anaq Kiriman Heaven – Anaq Kiriman Heaven

Di ruangan komen ramai yang terhibur dengan konten Imran Bard dan pada masa yang sama mereka menyatakan mereka tahu siapakah yang jadi mangsa parodi Imran Bard kali ini.

Mereka rasa Imran Bard sindir Rita Rudaini kali ini.

komen

Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama adan Imran Bard sindir Rita Rudaini. Kerana kontennya kali ini tidak memetik nama sesiapa.

Rita Rudaini nafi antivaksin

Beberapa tahun lalu, Rita Rudaini akui dia tidak mahu mengambil vaksin covid-19. Namun dia menafikan dia seorang antivaksin.

Kerana menurutnya, dia tak pernah mempengaruhi sesiapa termasuk ahli keluarganya yang mahu mengambil vaksin.

“Saya juga tidak mempengaruhi ahli keluarga yang sudah mendapatkan vaksin. Tidak salah untuk mengamalkan pemakanan sunnah untuk menjaga kesihatan, bukan saya amalkan ilmu hitam,” tambah Rita Rudaini yang ketika itu akui terkesan kerana, tiadanya suntikan vaksin membuatkan dia terlepas beberapa ‘job’ kerana SOP dan sebagainya.

“Terpulang kepada individu sendiri, saya bukan menolak vaksin atau antivakin, sebaliknya saya memerlukan sedikit masa lagi. Apabila tiba masanya, pasti saya akan mendapatkan vaksin juga. Lagipun, saya jenis yang gemar duduk di rumah. Saya membeli barang keperluan secara dalam talian saja. Sesiapa yang mengenali saya pasti tahu, saya hanya keluar jika ada urusan saja,” katanya kepada Harian Metro.