Kalau beli kereta import dari jenama terkenal, ramai menyangkakan ia boleh mengekalkan nilainya sekaligus boleh dijual dengan harga tinggi dikemudian hari berbanding dengan kereta nasional.

Bagaimanapun, realitinya ia bukanlan seperti yang dijangkakan ramai apabila seorang individu mendedahkan kereta continental yang dibeli dengan harga lebih setengah juta pada 13 tahun lalu kini tidak kalis penurunan nilai seperti yang diharapkan.

Tidak dinyatakan dengan spesifik jenama dan model yang dibelinya, difahamkan pada tahun 2012 dengan harga RM600,000 yang mana mahu dijual semula pada tahun ini memperlihatkan penurunan lebih 95% nilainya.

“Beli dengan harga RM600k..tapi lepas 13 tahun nak jual pada harga RM20K saja,” keluhnya.

Dia mengakui dirinya yang sedang menguruskan penjualan kereta rasa nak demam sebab terasa tidak berbaloi dengan harga yang dibayar pada asalnya.

kereta conti
Sumber Gambar: Car and driver

Menjengah ke ruangan komentar, ramai bersetuju dengan kenyataan kereta conti tidak menjanjikan harga jualan semulanya akan tinggi di kemudian hari.

Ada yang berkongsi ini merupakan realiti sebenar harga jualan kereta conti yang sudah lama yang mana rata-rata ditawarkan di bawah RM30K.

Menguatkan lagi kenyatan itu, seorang netizen menyelit gambar tangkap layar sebuah kereta SUV mewah Porsche yang mahu dijual pada harga RM15.9K sahaja itu pun belum tentu laku.

Antara risiko memiliki kereta continental adalah kos servis dan selenggara serta barang sparepart yang mahal sekaligus harga jualan untuk pasaran terpakai turut akan terjejas teruk.

Sebahagian netizen menekankan kereta bukanlah aset yang berharga jika mahu dibuat pelaburan tetapi adalah liabiliti sebenarnya.

Kalau mahu membuat pelaburan, anda perlu menyelidik dahulu spesifik model-model yang dimahukan ramai seperti Nissan GTR, Toyota Supra dan juga Mistsubishi Lancer dari jenama Jepun yang mana kini sudah mencecah ratusan ribu ringgit walaupun sudah berusia lebih berbelas tahun lamanya.