Bila sudah berpendidikan tinggi, ramai menyangka mereka akan menerima gaji tinggi daripada syarikat yang dipohon. Tetapi realitinya ramai majikan hanya pertimbangkan jika sudah mempunyai portfolio atau pengalaman bekerja sebelum ini.

Seorang individu meluahkan rasa kecewa di platform Threads selepas mendakwa dirinya hanya menerima tawaran gaji lebih rendah daripada jangkaan meskipun memiliki kelayakan ‘degree’.

Individu Miliki ‘Degree’ Tak Boleh Terima Kenyataan Hanya Ditawarkan Gaji RM2,500
Sumber Gambar: Florida National University

“Rasa sedih la pulak, dia kasi 2.4k??? Aku ada degree tau,” keluhnya kepada orang ramai.

Dalam pada itu, dia mendedahkan dirinya mengambil jurusan yang kritikal jurutera kimia sekaligus merasakan dirinya lebih layak menerima gaji yang lebih lumayan.

Selepas disemak semula, dia rupanya sudah bekerja kontrak selama 2 tahun namun tidak disambungkan. Kini sudah mengganggur selama 6 bulan  dan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa.

Hantaran ringkas tu langsung menerima pelbagai reaksi dari netizen yang mana memberikan ‘reality check’ tentang tawaran gaji di pasaran Malaysia.

Ramai yang membidas kenyatan yang kelihatan agak sombong itu dan tidak  kurang juga memberi kata-kata semangat untuk dia bangkit serta menghadapi realiti dunia pekerjaan di dunia.

“ Kadar graduan baharu memasuki pasaran adalah lebih tinggi daripada kadar pekerjaan yang ada. Hanya memiliki segulung ijazah tidak melayakkan anda mendapat apa-apa.

“Jika anda berkebolehan dan mahir dalam apa yang anda lakukan, anda akan mendapat apa yang anda layak. Sementara itu, jangan harapkan pesaing anda hanya duduk dan menunggu,” terang seorang netizen.

Ada yang mendedahkan sudah memiliki pengalaman sedekad pun belum tentu dijamin mendapat tawaran gaji yang lumayan.

“Girl i ada diploma and experience kerja 10 tahun, a new company yg belum ada system nk bg i 3k je,” kongsi seorang netizen lain.

Seorang netizen lain berkongsi tiada salahnya bermula dari bawah dan naik perlahan-perlahan sehingga mencecah RM5,000 berdasarkan pengalaman isterinya sendiri.

“My Wife ada degree mula 2k, dia layan je. Now 5k. Sebab pengalaman, company pun xmau lepas, boleh demand macam-macam,” tulisnya.

Tidak kurang juga, ada yang terkejut melihat tahap penawaran gaji permulaan yang masih berada di takuk lama walaupun sudah menjejak tahun 2025.

“Itu adalah nilai pasaran untuk graduan baru tahun 2015. Saya tidak tahu jika tahun 2025 masih sama… Selepas 10 tahun… Tetapi dengan 2 tahun pengalaman, anda sepatutnya mendapat lebih banyak. Sekurang-kurangnya 10% daripada syarikat anda yang sebelumnya,” ujarnya.