Pasukan kebangsaan Indonesia mahu merekrut pemain warisan yang beraksi di Eropah bagi membarisi skuad B-20 Tahun negara itu.

Menurut perkongsian Asean Football di laman X, Pengarah Tekneknikal Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) iaitu Indra Sjafri terbang ke Belanda bagi mencari pemain yang sesuai untuk memperkuatkan pasukan muda Garuda.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Langkah ini diambil selepas Indra memilih bakat yang beraksi di saingan Liga 1 Indonesia dan kini beliau dalam misi untuk mencari pemain warisan bagi memantapkan pasukan yang menyasarkan untuk layak ke Piala Dunia B-20 Tahun di Chile pada 2025.

Sejak Erick Thohir dilantik sebagai Ketua Umum PSSI, negara jiran itu giat mencari pemain yang mempunyai kaitan dengan Indonesia untuk diserap masuk bagi beraksi bersama pasukan itu di peringkat antarabangsa.

Antara pemain warisan yang sudah menyarung jersi skuad Garuda antaranya Justin Hubner, Shayne Pattynama, Ivar Jenner, Rafael Stuick, Thom Haye, Jay Idzes, Ragnar Oratmangoen, Nathan Tjoe-A-On dan baru-baru ini penjaga gol kelab Amerika Syarikat, Maarten Paes baru saja mengangkat sumpah sebagai warganegara Indonesia.

Selain itu, PSSI menyasarkan untuk mendapatkan dua lagi pemain iaitu Calvin Verdonk dan Jens Raven bagi membarisi skuad senior untuk menghadapi saingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

“Kami berharap proses untuk Calvin dan Raven akan selesai pada Mei ini. Selepas mengangkat sumpah, barulah mereka boleh beraksi bersama pasukan,” kata Erick Thohir.

Kehadiran pemain warisan ini nyata membantu pasukan Merah Putih itu untuk meningkatkan kualiti serta corak permainan dimana mereka menampilkan prestasi yang cukup baik di beberapa kejohanan antarabangsa tahun ini.

Sebagai permulaan, berjaya mara ke peringkat 16 pasukan terakhir temasya Piala Asia 2023 dimana mereka tewas kepada Australia.

Pada saingan AFC B-23 Tahun, skuad bimbingan Shin Tae-yong itu berjaya menduduki tangga keempat dimana mereka tewas kepada Uzbekistan pada aksi separuh akhir dan tunduk kepada Iraq pada penentuan tempat ketiga.

Hasrat pasukan itu untuk beraksi di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian apabila tewas kepada Guinea pada perlawanan play-off.