Baru-baru ini, Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia, Erick Thohir, menegaskan bahawa Badan Pengelola Investasi Danantara (BPI Danantara) tidak boleh disamakan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang pernah dilanda skandal korupsi besar-besaran.
Namun, kebimbangan rakyat Indonesia ada hujung pangkalnya – adakah Danantara akan mengulangi kisah hitam yang dialami oleh Malaysia?
Erick Thohir menekankan bahawa Danantara adalah projek yang positif dan berbeza dengan 1MDB.
Beliau juga menyeru agar masyarakat tidak terburu-buru menghakimi berdasarkan pengalaman buruk negara lain.
“Jangan bandingkan Danantara dengan 1MDB. Ada juga dana kekayaan negara (Sovereign Wealth Fund) yang berjaya seperti PIF di Arab Saudi, Adia di Dubai, dan Qatar Investment di Qatar,” kata Erick ketika ditembual oleh CNBC Indonesia.
Samakan 1MDB: Dana Dividen BUMN, Bukan Wang Rakyat
Erick menjelaskan bahawa sumber dana Danantara bukanlah daripada simpanan atau wang rakyat, tetapi daripada dividen syarikat-syarikat BUMN yang diinvestasikan semula.
“Ini bukan wang rakyat yang diambil dari bank dan diinvestasikan. Ini adalah wang dividen yang dimasukkan ke dalam pelaburan,” jelasnya.
Beliau juga menegaskan bahawa prestasi Danantara perlu dibuktikan terlebih dahulu sebelum dinilai secara negatif.
“Kita tidak boleh melawan persepsi yang membandingkan Danantara dengan Sovereign Wealth Fund yang bermasalah. Itu salah besar. Nanti kita buktikan saja,” tambahnya.
Erick turut menyentuh kritikan terhadap BUMN yang sering dikaitkan dengan korupsi dan ketidakcekapan.
Beliau menegaskan bahawa jika semua BUMN korup, mustahil syarikat-syarikat tersebut mampu mencatatkan keuntungan besar.
“Kalau BUMN korupsi semua, tidak mungkin profitnya mencapai Rp310 triliun. Kalau tidak bagus, tidak mungkin perkhidmatan lapangan terbang hari ini boleh lebih baik,” ujarnya.
Keterbukaan terhadap Kritikan
Walaupun pemerintah Indonesia terbuka terhadap kritikan, Erick berharap masyarakat dapat melihat bukti nyata sebelum membuat kesimpulan.
“Tapi kalau ada isu-isu di lapangan, ya silakan saja,” katanya.
Walaupun Erick Thohir yakin dengan masa depan Danantara, kebimbangan rakyat Indonesia tetap wajar.
Pengalaman pahit 1MDB di Malaysia menjadi pengajaran berharga tentang betapa pentingnya ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan dana negara.
Untuk rekod, Agensi Pengurusan Pelaburan Danantara (BPI) memainkan peranan dalam menguruskan aset kerajaan.
Matlamatnya adalah agar aset-aset ini disepadukan dan cekap supaya ia boleh digunakan dalam dasar pelaburan negara.
Berdasarkan maklumat dari halaman Portal Maklumat Indonesia, Danantara kemudiannya akan beroperasi dengan konsep yang digunakan oleh Temasek Holdings Limited, sebuah agensi pelaburan milik Singapura.
Peranan Danantara dikatakan serupa dengan INA (Indonesia Investment Authority) yang ditubuhkan secara rasmi pada 2021. Walau bagaimanapun, liputan Danantara lebih luas.