Naib juara Liga Super 2024/2025 iaitu Selangor dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain skuad kebangsaan Indonesia iaitu Eliano Reijnders.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star iaitu T.Avineshwaran dimana Selangor sedang memantau situasi pemain yang boleh beraksi di beberapa posisi itu.

Baca Juga:

Penyokong Indonesia Tak Setuju Eliano Reijnders Beraksi Di Malaysia

Bagaimanapun, perkara ini mendapat sambutan yang dingin dari penyokong Indonesia dimana mereka tidak setuju pemain itu beraksi dalam saingan Liga Malaysia.

Eliano Reijnders
Eliano Reijnders

Menurut laporan Bola Sport, penyokong dari negara seberang menganggap saingan Liga Malaysia sebagai saingan liga petani kerana didominasi oleh satu pasukan sahaja sejak 11 musim.

Perpindahan Eliano ke Liga Malaysia hanya akan menghalang pemain itu dari terus meningkatkan karier serta tahap permainan.

Selain itu, ramai yang percaya Selangor tidak mampu untuk mendapatkan khidmat Eliano kerana tanda harga yang dimiliki pemain itu cukup tinggi.

Pemain berusia 24 Tahun itu memikiki nilai pasaran sebanyak €550 Ribu atau sekitar RM2.5 Juta, satu nilai yang dianggap tinggi dalam saingan Liga Malaysia.

Mees Hilgers Eliano Reijnders
Mees Hilgers dan Eliano Reijnders

Eliano juga masih memiliki kontrak bersama kelab Eredivisie Belanda iaiti PEC Zwolle hingga 30 Jun 2027.

Setakat ini, beliau sudah mengumpul tiga penampilan bersama skuad kebangsaan Indonesia.