Seorang pempengaruh media sosial  tempatan bernama Esha dilaporkan telah mencabut nyawanya sendiri kerana tekanan yang dihadapinya.

Tekanan itu daripada pembulian siber yang diterimanya dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Menurut laporan terdapat perbalahan pendapat antara pempengaruh media sosial yang lain. Membuatkan dia menerima telah ditentang oleh sekumpulan pempengaruh lain dan penyokong mereka.

Mangsa kemudian menerima banyak komen jelek di ruangan TikToknya termasuk ugutan mahu merog dan menjadi sangat tertekan.  Akhirnya dia memutuskan untuk mencabut nyawanya.

Keluarga mangsa meminta keadilan untuk mendiang. Dan netizen juga berharap pihak yang terlibat dalam pembulian siber itu diheret ke muka pengadilan.

Mereka tidak dapat menerima Esha pergi dalam keadaan begitu.

Perkara ini turut menarik perhatian Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil yang turut menghadiri upacara pengkebumian mendiang.

Fahmi akui kecewa dengan apa yang menimpa Esha.

Beliau berkata: “Luluh hati seorang ibu melihat jasad anaknya tak bernyawa.

“Rajeswary Appahu, 29 tahun, telah mengambil nyawanya sendiri selepas dipercayai tertekan akibat dibuli beberapa individu dengan komen-komen jelik di TikTok.

“Saya amat kecewa dan marah dengan apa yang berlaku.

“Mereka yang menjadi punca kejadian ini perlu dibawa ke muka pengadilan.

“Perkara ini juga telah saya maklumkan kepada Perdana Menteri semalam.

“Saya turut bercakap dengan Menteri Digital, Gobind Singh Deo serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Kami mempunyai pendirian sama dalam isu ini dan akan bermesyuarat dalam beberapa hari lagi.

@buletintv9

BULETIN TV9 : Isu Buli Siber Akan Dibentangkan Ke Kabinet #tv9 #buletintv9 #astro149 #janjihappy #fyp #bulisiber #fahmifadzil

♬ original sound – BULETINTV9 – BULETINTV9

“Selain itu, isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik, meliputi aspek perundangan dan penguatkuasaan.

“Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa.”