Influencer Imran Bard minta maaf di atas konten kontroversinya dengan aksi intim sesama lelaki sebelum ini.
Imran Bard beberapa hari lalu memuat naik video yang memaparkan dia beraksi romantik dengan seorang lelaki.
Video tersebut dikecam netizen kerana dianggap mernormalisasikan budaya songsang dalam masyarakat.
Lebih lebih lagi dia ada jutaan pengikut di media sosial.
Imran Bard Dikecam Kerana Konten Dianggap Normalisasikan Budaya Songsang
Pempengaruh itu minta maaf menerusi satu kenyataan di Twitter.
Influencer terkenal itu janji tak buat lagi
Dia berkata: “Saya betul-betul nak minta maaf, dan sejujurnya, ia mengambil sedikit masa untuk saya minta maaf.
“Sebab saya tak nak dilihat sebagai seorang yang ‘buat salah, minta maaf, pastu buat lagi’.
“Saya tahu saya akan buat hal lagi dengan cara lain pada masa hadapan, tetapi satu perkara yang saya boleh janjikan ia tidak akan menjadi kesilapan yang sama.
Imran Bard nafi promosi budaya songsang
Imran turut membuat kenyataan lanjut dengan menganggap dia cuba menormalisasikan budaya songsang adalah sesuatu yang sangat berat.

Dia menegaskan bahawa konten itu sebenarnya meniru konten orang Barat. Dan dia tidak langsung berniat mempromosi budaya songsang di dalam masyarakat.
Dia berkata: “Assalamualaikum semua. Imran ingin memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan kandungan yang Imran kongsikan baru- baru ini.
“Tuduhan bahawa Imran menormalisasikan isu LG*T adalah sesuatu yang sangat berat.”

Mengakui dia membuat kesilapan kerana membuat konten tanpa mempertimbangkan sensitiviti serta ada dan budaya Melayu, Imran benar benar kesal dengan apa yang berlaku.
Dan berjanji ianya tidak akan berulang lagi di masa akan datang.
“Imran akui kesilapan kerana menghasilkan kandungan tersebut berdasarkan rujukan Barat tanpa mempertimbangkan sensitiviti serta adat dan budaya Melayu pada ketika itu.
“Imran amat kesal jika perkara ini telah mengecewakan mana- mana pihak.
“Imran mengambil maklum setiap teguran yang diberikan dan akan berusaha untuk lebih peka serta bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan pada masa akan datang.
“Terima kasih atas nasihat dan pandangan yang diberikan,” tegas dia itu lagi.
Aku betul-betul nak minta maaf, and honestly, it took me some time sebab I don’t want to be seen as someone yang “buat salah, minta maaf, pastu buat lagi.” I know I’ll mess up in other ways in the future, but one thing I can promise it won’t be the same mistake. pic.twitter.com/luVWRBeMAS
— Imran Bard (@imemerang) February 10, 2025