Seorang telah disyaki telah mempergunakan warga emas untuk meminta sedekah.

Dalam video yang tular di TikTok, influencer Ezzu Chang telah menyergah lelaki tersebut.

Ezzu Chang mengambil video menunjukkan seorang wanita tua meminta  sedekah di Bazaar Ramadan dalam keadaan berpanas dan berhujan.

@ezzuchang

Part 1: Pembongkaran sindiket minta sedekah warga kemboja di bazar ramadhan #ezzuchang #oppazuzu #tiktokguru #foryoupage #foryourpage #fyp #ramadhan2025 #bazarramadan #mintasedekah

♬ original sound – Oppa Zuzu Suka Review – Oppa Zuzu Suka Review

Ezzu Chang ternyata marah dengan tindakan sindiket yang mempergunakan orang tua untuk meminta sedekah bagi mendapatkan duit mudah.

Sindiket minta sedekah guna mak cik kemboja

Kemudian dia mendapati nenek tua tersebut masuk ke dalam sebuah kereta. Lalu dia menyergah lelaki tersebut dengan memarahi  lelaki tersebut yang dipercayai telah menghantar wanita warga kemboja berusia  80-an untuk meminta sedekah.

Dia mempersoalkan tindakan lelaki tersebut yang mencari wang dengan cara sebegitu. Dan menegaskan bahawa orang lain penat berniaga, dia pula pergunakan warga emas untuk kepentingan dirinya.

Ezzu menulis: “Pembongkaran sindiket minta sedekah warga kemboja di bazaar ramadan. Tolong warga Ipoh semua share video ni banyak banyak supaya semua orang Ipoh kenal makcik ni dan jangan bagi peluang untuk dorang ambil kesempatan ke atas rakyat Malaysia yang pemurah dan juga mudah rasa kasihan pada orang tua.”

minta sedekah

Lelaki tersebut mempertahankan tindakannya dan menyatakan wanita itu adalah neneknya.

Menurut  Ezzu Chang, wanita warga emas tersebut bukan sahaja meminta sedekah di sekitar bazar stadium Ipoh, namun di tempat lain juga di sekitar.

Di ruangan komen ada netizen mendakwa mereka memang pernah terserempak dengan wanita tua tersebut di tempat lain untuk meminta sedekah.

Difahamkan wanita tua itu berjaya mendapatkan sekitar RM500 ke RM1,000 dalam sehari kerana kemurahan hati rakyat Malaysia.

@ezzuchang

Part 2: Pembongkaran sindiket minta sedekah warga kemboja di bazar ramadhan. Tolong warga ipoh semua share video ni banyak banyak supaya semua orang ipoh kenal makcik ni dan jangan bagi peluang untuk dorang ambil kesempatan ke atas rakyat Malaysia yang pemurah dan juga mudah rasa kasihan pada orang tua 😢#ezzuchang #oppazuzu #tiktokguru #foryoupage #foryourpage #fyp #ramadhan2025 #bazarramadan #mintasedekah

♬ original sound – Oppa Zuzu Suka Review – Oppa Zuzu Suka Review

Ezzu Chang menganggap tindakan mempergunakan warga emas untuk meminta sedekah di tempat awam dengan terpaksa berpanas, sebagai tindakan tidak berhati perut.

Ezzu Chang memberikan amaran, selepas ini kalau dia melihat wanita yang didakwanya dari kemboja itu di tempat lain selepas ini, dia akan mengambil tindakan lebih tegas.