Pasangan influencer terkenal Aiman Tak Kisah dan Siti Jamumall mengejutkan ramai pengikut mereka. Ini apabila sang suami telah melafazkan cerai ketika isterinya sedang membuat strim langsung.
Pasangan influencer tersebut selama ini seringkali dipuji sebagai pasangan romantis. Dan konten mereka seringkali menjadi kesukaan netizen.
Siti Jamumall Kagum Tengok Aiman Pandai Bancuh Susu Dan Memasak
Mereka juga pernah menggemparkan netizen dengan membeli RXZ dengan harga RM34.4 ribu.
@mrhylos6532
Pasangan influencer pernah cerai 24 jam sebelum ini
Beberapa minggu lalu, Aiman melafazkan talak 1 ke atas Siti Jamumall, tetapi kemudian mereka rujuk kembali selepas 24 jam.
Siti Jamumall segera memberitahu bahawa lafaz talak itu bukan satu konten pada masa itu.
Namun pasangan itu segera rujuk kembali selepas kes talak itu dirujuk di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 6 Mei.
Sekali lagi lafaz cerai
Kini Aiman sekali lagi melafazkan cerai talak 2 ke atas Siti Jamumall. Paling mengejutkan, pasangan tersebut terus bertengkar secara langsung.
Siti Jamumall tidak menamatkan strim langsung itu. Dan kedengaran kedua dua mereka mempertahankan tindakan masing masing.
Si suami menyindir isterinya sebagai ‘si paling tersakiti’ untuk meluahkan apa sahaja dia mahu dan tidak mahu isterinya itu meraih simpati hanya kerana dia sarat mengandung.
Daripada video tersebut, Aiman mempersoalkan tindakan isterinya yang seolah olah menuduh dia curang dengan wanita lain. Dia juga mendakwa dia seringkali dipijak pijakΒ kerana dia hanya orang kampung.
Seterusnya, Siti menegaskan bahawa suaminya beberapa kali menipunya dan menjadikan rumah mereka seperti hotel.
Siti menegaskan bahawa Aiman seringkali lambat memberikan respon ketika ditanya dia berada di mana, berbeza dengan dia yang akan serta merta memberitahu di mana dia berada jika Aiman bertanya.
Aiman juga mencabar isterinya itu untuk terus membuka pekungnya dan semua video melibatkannya jika Siti Jamumall mahu berbuat demikian.
Aiman marah kerana isterinya dianggap mengaibkannya dengan berkongsi pekungnya termasuk di hadapan media.
Aiman seterusnya memberitahu bahawa dia sekarang dan semakin bijak dan tidak akan memukul isterinya seperti sebelum ini sehingga menjadi kes polis.
Sebaliknya dia akan terus keluar rumah, mengelak dirinya daripada memukul isterinya, dan didakwa atas pertuduhan keganasan rumah tangga.
Aiman mendedahkan bahawa selam ini dia menjadi suami yang terkongkong. Dan sedar bahawa isterinya ada pengikut yang jauh lebih ramai, dan orang pasti tak akan pandang dia berbanding isterinya.
Aiman dengan nada marah membberitahu dia juga tak pernah bercerita tentang abang iparnya yang bermuka muka dengannya. Begitu juga dengan Siti Jamumall yang turut bermuka muka dengannya selama ini.
Siti Jamumall kemudian menangis teresak esak ketika Aiman berkeras untuk melafazkan talak 2 dengan bersaksikan semua netizen yang menonton siaran langsung tersebut serta mereka yang berada di hadapan mereka ketika itu.
@puteriysff Bila dua dua api kesudahannya β¦ Stay strong siti π₯Ί #fyppppppppppppppppppppppp #cerai
Netizen segera mahukan kepastian sama ada lafaz cerai oleh influencer tersebut sah? Lebih lebih lagi dengan ramai saksi yang melihat Aiman melafazkan cerai tersebut.
Even kalau untuk content jer pun, bukan ke da betul2 jatuh talak kalau da cakap macam gitu? Lagi-lagi orang ramai dalam live yang witness
— Aryna (@ArynZafy) May 15, 2025
Yang lain pula menganggap tidak mungkinlah mereka hanyaΒ sekadar konten. Kerana ianya bukan perkara yang main main apabila melibatkan talak.