Malaysia yang serba moden ini pun masih wujud tanggapan oleh pelancong asing yang negara kita masih berada di tahap negara dunia ketiga yang dikaitkan dengan ketinggalan zaman atau lapuk.
Inilah antara reaksi sebahagian pelancong dari Netherland apabila disoal tentang pendapat mereka mengenai dakwaan Malaysia sebagai negara dunia ketiga atau perkara yang mengejutkan berkenaan negara ini.
Dua daripada kumpulan pelancong yang ditemubual oleh akaun TikTok @janganstresskitatravel mendedahkan tanggapan itu langsung terhakis sebaik sudah melawat sekitar Kuala Lumpur.
“Ia boleh dikira sebagai sebuah bandar yang moden, sebenarnya apabila melihat di sekitar sini dan saya tidak menjangkakan perkara ini,” respons Christian.
“Saya beranggapan hanya boleh lihat bangunan pencakar langit ini apabila berada di Singapura sahaja tetapi kami sudah jumpa di Malaysia. Ini sesuatu yang mengejutkan untuk saya,” komen Sim.
Seorang daripada mereka pula menolak dakwaan Malaysia sebagai negara dunia ketiga malahan berkongsi perkara yang mengejutkan adalah di mana wujud kepelbagaian budaya yang mana hanya bertapak di rantau Asia Tenggara.
Bercerita mengenai pengalaman di Malaysia, rata-ratanya memang menyukai akan negara ini termasuklah memuji infrastruktur yang lengkap, pembangunan yang serba moden serta kemudahan pengangkutan awam yang bagus. Mereka juga sangat gembira menikmati restoran yang dibuka di jalanan.
@janganstresskitatravel Skyscrapers? Malaysia Surprised Us First! #travelinterview #malaysia #netherlands #dutch #skyscraper #klcc #handsome
♬ original sound – janganstresskitatravel – janganstresskitatravel
Tidak dilupakan juga keindahan alam sekitar yang masih terpelihara membuatkan ia lebih unik. Malah, mereka juga memuji akan keramahan rakyat Malaysia sedia menyantuni para pelancong tanpa sebarang prejudis.
Berkenaan pengangkutan awam, mereka juga bersetuju kita sudah berada di tahap yang baik dan tidaklah jauh ketinggalan dengan yang sedia ada di negaranya.