Menyingkap keindahan negara China tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. China kaya dengan budaya dan warisan tersendiri serta kebanyakan rakyat Malaysia sering ke Beijing untuk melancong.
Akan tetapi, terdapat beberapa destinasi di China yang jarang orang lawati tetapi ia merupakan destinasi sesuai untuk mereka yang mencari sesuatu yang baru.
Anda bukan sahaja dapat melihat keindahan alam semula jadi, tetapi anda juga dapat melihat kehidupan masyarakat di luar bandar di belah utara yang masih mengamalkan gaya hidup secara tradisional.
Rugi sebenarnya jika China tetapi tidak ke tempat-tempat lain dan hanya berjalan-jalan di Beijing sahaja. Di bawah ini kami senaraikan beberapa tempat yang anda boleh kunjungi jika ke China. Jom kita explore!
1. Melihat kehidupan masyarakat di pantai Rongcheng

Bagi bandar yang terletak di pesisiran pantai seperti Rongcheng, lautan seluas pandangan ini membekalkan segalanya dan uniknya rumpai laut digunakan sebagai bahan untuk membuat atap rumah.

Hari ini, ia masih menjadi kebiasaan untuk melihat nelayan tiram turun ke laut sementara kaum wanita membenih cengkerang dengan telur tiram dan direndamkan di dalam air selama setahun untuk matang.
2. Red Sea Wetlands

Di sini, anda pasti akan terpesona melihat keindahan tempat ini kerana dapat melihat pemandangan yang berbeza. Sesuai dengan namanya, anda akan dapat lihat kemerahan warna rumputnya dan boleh dikatakan sangat ‘Instagrammable’.

Rugi anda yang memang kaki foto tidak ke sini. Bukan apa, sudahlah luas kawasan ini, cantik pula tu.
3. Gunung berais Changbaishan

Rugi jika anda tidak ke gunung berais Changbaishan yang semestinya anda tidak boleh ketinggalan. Dikenali sebagai tempat kelahiran orang Korea, ia merupakan gunung berapi tidak aktif yang kini mempunyai tasik di puncaknya dan tampil dengan pemandangan yang megah lagi menawan.

Anda yang sukakan cabaran bolehlah ke sini, malah anda juga dapat menghilangkan tekanan apabila melihat keindahan pemandangan yang disajikan.
4. Lihat penempatan puak nomad
Satu lagi paparan semula jadi yang menakjubkan adalah padang rumput yang rata dan luas di Mangolia. Ia adalah rumah kepada puak-puak nomad yang masih mengamalkan cara hidup tradisional, dari pakaian kepada harta pusaka keturunan mereka.
Mereka menampung hidup menggunakan sumber semulajadi dan mengembala unta dan kuda liar. Di kawasan bersalji paling hampir dengan sempadan Negara Rusia ini, suku kaum Ewenki ini masih membela rusa ‘reindeer’, sama seperti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka.
https://www.instagram.com/p/B7N19hgBfVb/
Pastinya destinasi ini tidaklah seperti di Beijing kerana destinasi ini lebih kepada alam semula jadi. Apa kata anda lihat kecantikan semula jadi China Utara dalam siri ‘Conquering Northern China’ bersama vlogger Winston Sterzel dan Matthew Tye pada setiap hari Rabu, 9.55 malam di Blue Ant Extreme (saluran Unifi TV 474). Jangan lupa saksikan, ok?
Difahamkan sekarang AirAsia sedang tawarkan promosi tiket penerbangan sempena Tahun Baru Cina. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
AirAsia Tawar Diskaun Tiket Penerbangan Sempena Tahun Baru Cina
AirAsia Membawakan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri Dikenali Sebagai ‘BigPay’
Ini Kelebihan Unifi Plus Box Yang Murah Dan Berbaloi Buat Anda Sekeluarga