Anda yang lahir tahun 90-an ingat lagi tak dengan tagline ini? Tak lain dan tak bukan adalah “gunakan tanpa was-was,” ia adalah tagline popular daripada jenama ubat gigi Zaitun. Ubat gigi yang sangat ikonik pada tahun 90-an.

Tapi lama sudah rasanya kita tidak mendengar cerita dari jenama Zaitun.

Ubat gigi Zaitun secara rasminya kini kembali di pasaran dengan wajah baru.

Anda dah dengar cerita tentang ubat gigi Zaitun? Katanya mahu kembali di pasaran dengan wajah baru.

Pada anda yang masih ingat produk Zaitun, mesti teruja tengok Zaitun dah kembali.

Pernah jadi jenama halal & mesra muslim pertama di Malaysia.

Jenama ini selamat digunakan dan sehingga kini ia adalah ubat gigi yang dijamin 100% halal. Selain halal, Zaitun juga adalah jenama yang mesra Muslim pertama di Malaysia.

Bukan setakat golongan dewasa sahaja yang boleh guna, ubat gigi Zaitun juga selamat digunakan oleh golongan kanak-kanak kerana tiada sebarang kandungan flourida didalamnya.

Produk berkualiti tinggi, lebih 40 tahun pengalaman dalam industri.

Jenama Zaitun dah mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam industri penghasilan produk kecantikan dan penjagaan diri. Jenama ini terkenal dengan memiliki produk berkualiti tinggi.

Walaupun sudah lama kita tidak mendengar cerita tentang ubat gigi Zaitun, kualiti dan keselamatannya masih dikekalkan. Bukan tertumpu pada pengguna muslim sahaja, tapi kali ini ia mampu dimiliki semua dan terhasil untuk semua pengguna.

Kotoran degil pada gigi hilang, mulut juga segar sentiasa!

Ubat gigi Zaitun dah wajah baru, kualiti dah semestinya lebih baik. Dengan formula yang dipertingkatkan, ia mengandungi bahan asas dalam penghasilan ubat gigi yang memberi pelbagai manfaat terhadap penjagaan mulut.

Ubat gigi Zaitun membantu menghilangkan kotoran degil dan serpihan pada permukaan gigi yang berpunca dari minuman seperti kopi dan teh, aktiviti merokok dan sebagainya. Ia juga mengandungi bahan-bahan yang membantu mengekalkan kesegaran mulut dalam jangka masa panjang.

Senang cerita, dengan ubat gigi Zaitun, gigi jadi lebih bersih dan mulut pun sentiasa segar.

2 jenis ubat gigi berwajah baru, harga mampu milik!

Kali ni Zaitun mengeluarkan dua jenis ubat gigi iaitu Ubat Gigi Pemutih (Whitening) dan Ubat Gigi Pudina Tambahan (Extra Mint). Nanti akan ada lagi pelbagai jenis ubat gigi Zaitun di pasaran. Ubat gigi khas untuk kanak-kanak pun ada.

Bukan setakat berkualiti, malah ubat gigi Zaitun dijual dengan harga berpatutan dan mampu milik.

Di mana nak dapatkan ubat gigi Zaitun?

Anda boleh dapatkan ubat gigi Zaitun di pasaraya tempatan, kedai koperasi dan kedai runcit berdekatan seperti Segi Fresh, The Store, Pasaraya Pacific, Ikhwan Mart, Lesong Mart, Pasaraya Darussalam dan Malakat Grocer.

Kalau tak jumpa, anda boleh beli secara online di Shopee dan TikTok Shop mereka.

Zaitun kini dikenali ramai. Famous sangat sampaikan seluruh rakyat Malaysia tahu lagu dan liriknya.

Ku kenali kesucianmu aneka jenis barangan bermutu
Zaitun, dari dulu sampai sekarang, keunggulanmu tetap berkekalan, penuh dengan keyakinan.
Zaitun suci, Zaitun segar, Zaitun tetap sejati
Zaitun, Zaitunnnnn…
Zaitun, gunakan tanpa was-was

Jangan lupa follow TikTok mereka di @zaitun.official dan Facebook mereka di Facebook Zaitun Industry. Banyak kandungan kelakar dan menarik yang anda boleh tonton di situ.

Nak info lebih lanjut tentang produk yang dikeluarkan oleh Zaitun? Anda boleh hubungi mereka di talian 03-6242 2055atau e-mail ke [email protected]. Korang juga boleh terus ke laman web di www.zaitunbeauty.com. Gunakan tanpa was-was!