Bersempena Hari Ibu yang bakal hadir beberapa hari sahaja lagi, AC Milan telah mengambil inisiatif terpuji dalam memberikan penghargaan kepada golongan tersebut.

Menurut sumber laporan Goal, pasukan tangga kesembilan Serie A 2024/25 itu meneruskan tradisi luar biasa dengan membenarkan pemain pasukan utama untuk meletakkan nama keluarga ibu berbanding nama mereka sendiri pada jersi perlawanan.

Baca Juga:

Bukan sahaja nama di belakang jersi pasukan, nama keluarga sebelah ibu akan turut ditampilkan sepanjang pengalaman hari perlawanan.

AC Milan
Kredit Foto: AC Milan

Ia termasuk dalam pengumuman kesebelasan utama rasmi di skrin gergasi San Siro serta dalam pengumuman yang dibacakan oleh pengacara stadium.

Milan menjadi pasukan dari Itali pertama yang mengambil inisiatif sedemikian pada musim lalu.

Di samping itu, inisiatif yang diambil ini juga adalah dalam usaha menyokong kempen kutipan dana untuk ibu remaja menerusi Fondazione Milan.

AC Milan
Soccer Football – Serie A – Inter Milan v AC Milan – San Siro, Milan, Italy – September 22, 2024 AC Milan’s Matteo Gabbia celebrates after the match REUTERS/Alessandro Garofalo

AC Milan Menghargai Para Ibu

Sambutan Hari Ibu akan dimulakan dengan perlawanan Serie A menentang Bologna pada hari Jumaat dan diteruskan sepanjang hujung minggu.

Jemputan khas untuk menonton dari Lounge VIP akan dikhaskan untuk pasangan ibu dan anak pemain Milan manakala kanak-kanak dari program Spazio Indifesa akan mempunyai peluang unik untuk berjalan ke padang bersama pemain sebelum sepak mula.

Sumber