Di dalam agama Islam, melaksanakan ibadah Umrah adalah sunat bagi yang berkemampuan sahaja. Hal ini kerana bakal memakan modal yang banyak dan hanya yang kaya berkesempatan untuk mengerjakannya malah berulang kali.
Bagaimanapun, tular beberapa tangkap layar yang memperlihatkan hantaran seorang individu di Facebook yang meminta tajaan mengerjakan umrah sambil menggunakan bait-bait ayat agama untuk meraih simpati si pembaca.
Di dalam hantaran itu, individu itu meminta kepada sesiapa yang kaya untuk menaja tiket penerbangan sama ada untuk umrah atau haji pada tahun ini.

Hantaran yang dilihat menagih simpati dalam menjayakan hasratnya itu bagaimanapun menjadi perdebatan di kalangan netizen sendiri.
Seorang pengguna X bernama Muhammad Syarafi yang mana kebetulan menemui hantaran tersebut langsung memberi nasihat mengenai hukum mengerjakan umrah adalah sunat sahaja serta berkemampuan sahaja dan bukan dengan meminta-minta.
Perkara ini dilihat bertentangan dengan ajaran Islam sendiri yang mana tidak boleh menagih simpati atau meminta-minta, sebaiknya berusaha keras dalam mencapai cita-cita yang diimpikan.
Menerusi tangkap layar lain, individu terbabit masih tidak mengendahkannya malah mendakwa ini adalah ajaran gurunya yang mana boleh meminta-minta dalam usaha mengerjakan umrah walaupun tidak berkemampuan.
Tidak mampu berhujah, dia mula menggunakan dalil dan ayat Al-Quran dalam mempertahankan diri sampailah kelihatan jauh dari konteks asal perbincangan.
Sebab itu salah satu syarat nak kerjakan haji/umrah ialah mampu.
Dan aspek mampu ni meliputi semua sekali termasuk kewangan.
Janganlah kita normalisasikan perbuatan meminta minta secara open begini.
Bila kita tegur disamakan pulak dengan analogi solat. Jeng dibuatnya 😩 pic.twitter.com/vM6BuflROG
— ~Muhammad Syarafi~ ™️ (@RafiCounsel) April 16, 2025
Netizen yang mengikuti kisah ini langsung membidas tindakan individu terbabit yang meminta-minta untuk melaksanakan ibadah Umrah yang dikategorikan sebagai sunat dan layak untuk berkemampuan.


Malah, ramai juga agak pelik dengan pemahaman yang diajar oleh gurunya, di mana percaya boleh menagih simpati asalkan boleh melaksanakan ibadah umrah.