Pemenang peraduan cabutan bertuah Honda Day 2023 tampil menunjukkan kereta yang dia menangi.
Tahun lalu acara Honda Day turut menawarkan hadiah utama berupa sebuah kereta Honda untuk yang bertuah.
Tetapi ternyata pemenang tahun lalu juga agak tidak teruja dengan hadiah yang dia terima. Ini kerana keadaan kereta tersebut yang uzur.
Individu tersebut berkata: “Mana yang nak tengok Grand Prize Honda Day 2023 tahun lepas. Inilah keretanya. [Kalau] ada yang berminat kasi roger.”
Beliau menunjukkan keadaan kemasan luaran dan dalam kereta tersebut yang sangat uzur dan usang.
Bahagian bumbung kereta catnya sudah menggelupas. Begitu juga dengan bahagian kerusi.
Ada juga yang berharap ini pun cuma satu prank. Hal ini kerana pihak HDM menyatakan bahawa hadiah kereta Honda lusuh yang baru baru ini hanya satu prank.
Dan mereka menggantikannya dengan BMW F30.
Netizen menyindir pihak HDM memang suka memberikan hadiah kereta buruk kepada pemenang. Sehingga ada netizen merasakan penganjur memang kaki sakau duit menerusi acara Honda Day.
Kemudian ada juga yang simpati kerana tahun lalu tiada yang memviralkan hadiah Honda Day 2023. Jika sebaliknya, mungkin pemenang tersebut juga ditawarkan dengan hadiah BMW sama seperti pemain tahun ini.
Dan ada yang mengingatkan Remy Ampang mungkin dia lupa yang dia masih prank pemenang edisi 2023.
Remy Ampang sudah mengesahkan bahawa kereta Honda SM4 yang menjadi hadiah tahun ini telah berada di tangannya kembali. Dan sesiapa yang mahu membelinya boleh menghubungi mereka.