Tular satu klip video menunjukkan seorang mat saleh berlari sambil memegang pintu penumpang hadapan yang terbuka sambil kereta bergerak.
Mat saleh itu turut menjerit marah kepada pemandu kereta tersebut.
Baca Juga:
- Terkandas Di Malaysia Ketika PKP, Mat Saleh Ini ‘Ketagih’ Karipap
- ‘Negara Ini Syurga Makanan’ – Netizen Kecewa Mat Saleh Datang Malaysia, Pilih Makan ‘Fast Food’
- ‘Di KL Lebih Mudah Langgar Peraturan Berbanding Berjalan Di Laluan Pejalan Kaki’ – Mat Saleh
Menurut Instagram @_tlktoks, tindakan berbahaya itu terjadi apabila pemandu kereta tersebut didakwa tidak berhenti semasa mat saleh itu mahu melintas jalan.
Video pendek itu menarik perhatian warganet atas perbuatan mat saleh tersebut.
Ramai menegur tindakannya itu membahayakan diri sendiri, pemandu kereta dan orang-orang yang berada di sekeliling.
“Ini Malaysia, bukan Eropah,” kata netizen.
Dalam pada itu ada warganet yang ‘menyokong’ tindakan berani mat saleh itu.
Mereka berpendapat pemandu yang mempunyai sikap pentingkan diri, mengabaikan pejalan kaki memang wajar ‘dihukum’.