• Menjadi satu kebiasaan buat pasangan baharu mengambil pra-perkahwinan sebagai kenangan terindah di dalam hidup. Jadi, ramai memerah otak untuk mendapatkan gambar yang unik berbanding yang lain.

Baru-baru ini, akaun FB ‘Mount Kinabalu’ telah membuat satu hantaran berkenaan ucapan tahniah perkahwinan buat sepasang suami isteri muda yang mana turut menjadikan gunung kinabalu sebagai backdrop untuk gambar kenangan bersama.

“ Cinta mencapai ketinggian baru di Gunung Kinabalu! Tahniah kepada pasangan cantik ini yang memilih puncak yang mempesonakan sebagai latar belakang kenangan pra-perkahwinan mereka.

“Semoga perjalanan anda bersama tidak bertepi seperti pemandangan gunung dan seteguh batu di bawah kaki anda. Inilah untuk meningkatkan kemuncak kehidupan bersama-sama!,” ucapan kepada pasangan berkenaan.

Beberapa gambar pra perkahwinan berlatar belakangan puncak Gunung Kinabalu dikongsikan yang membuatkan ramai terpukau kerana pertama kalinya melihat perkara sedemikian.

‘Ini Memang WOW’ - Pasangan Ini Tangkap Gambar Pra Perkahwinan Di Puncak Gunung Kinabalu
Sumber Gambar: FB

Boleh dilihat yang si lelaki mengenakan pakaian suit berwarna biru dan dilengkapkan dengan pasangannya yang memperagakan gaun berwarna merah yang cukup anggun dengan latar belakang Gunung Kinabalu yang indah dan mempersona.

Ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana  mereka perlu memanjat ketinggian 4,095 dengan pelbagai rupa bentuk yang mencabar di samping memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang bagus dalam mengharunginya.

Hantaran tersebut langsung menjadi bualan hangat di kalangan pengguna FB yang mana berjaya meraih lebih 12,000 likes, 715 komen dan 1,700 perkongsian di media sosial.

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rataya terkesima melihat koleksi pra-perkahwinan yang luar biasa itu dan tidak lupa juga menitipkan ucapan tahniah buat bakal pengantin baharu berkenaan.

‘Ini Memang WOW’ - Pasangan Ini Tangkap Gambar Pra Perkahwinan Di Puncak Gunung Kinabalu
Sumber Gambar: FB
‘Ini Memang WOW’ - Pasangan Ini Tangkap Gambar Pra Perkahwinan Di Puncak Gunung Kinabalu
Sumber Gambar: FB

Dalam masa sama, ada juga yang tertanya-tanya bagaimana pasangan terbabit boleh menahan kesejukan di puncak dengan pakaian sedemikian kerana sedia maklum suhunya sangat rendah.