Pemain sayap negara, Arif Aiman sedang hangat diperkatakan dimana peminat kelab Scotland, Rangers dilaporkan mahu pemain itu untuk menyertai kelab mereka.
Arif tampil cemerlang dimana beliau meledak empat gol selepas mengharungi empat perlawanan dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) musim 2024-2025.
Baca Juga:
- Penyokong Rangers FC Mahu Arif Aiman Beraksi Di Liga Scotland
- Sudah Tiba Masa Arif Aiman Berkelana Ke Luar Negara
- Kim Pan Gon Ramal Arif Aiman Bakal Jadi Pemain Terbaik Asia
Prestasi tersebut meletakkan pemain yang berusia 22 tahun itu dalam senarai penjaring terbanyak ACLE bersama tonggak Gwangju FC, Jasir Asani, Aleksandar Mitrovic (Al Hilal) serta Anderson Lopes (Yokohama F. Marinos).
Kecemerlangan yang ditampilkan oleh Arif Aiman membuatkan peminat Rangers mahu pemain berusia 22 tahun itu untuk beraksi bersama kelab mereka.
Arif Aiman Hanapi
22
Malaysian InternationalConsistent performer not only in Malaysia but also the AFC (Asian) Champions League Elite with 4 goals and 1 assist in 4 games
Massive threat in the final 3rd with either scoring or creating for others
A pacy, direct, technical… pic.twitter.com/4IHGtm45Om
— The Rangers Journal (@RangersJournal) November 8, 2024
Laman berita yang membawakan perkembangan terkini kelab tersebut turut membincangkan mengenai perkara ini dan mereka terbuka sekiranya Arif beraksi di Liga Scotland.
Menurut Ibrox News, mereka berpendapat Arif menampilkan prestasi yang baik di beberapa posisi di bahagian serangan namun pemain ini lebih menyerlah di posisi sayap kanan.
Akan tetapi, Rangers ketika ini mempunyai seorang pemaik yang turut menyinar di posisi tersebut iaitu Vaclay Cerny dimana beliau menjaringkan enam gol dan menyumbang lima bantuan gol dalam 17 perlawanan setakat ini.
Sekiranya Arif menyertai Rangers pada jendela perpindahan Januari ini, maka beliau bakal bersaing dengan Cerny untuk merebut posisi sayap kanan.
Menurut laman itu lagi, Arif boleh didapatkan dengan harga yang murah kerana beliau beraksi di liga yang tidak terkenal seperti Liga Malaysia dan itu boleh membawa keuntungan bagi Rangers.
Sebelum ini, bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon meramal Arif bakal menjadi salah satu pemain terbaik di rantau Asia.
“Saya bangga melihat prestasi Arif Aiman dalam dua perlawanan lalu. Cara beliau menjaringkan gol cukup menarik. Saya rasa beliau telah menunjukkan kualiti sebenar di pentas Asia.
“Ya, beliau sudah banyak meningkat dan menjadi lebih kuat daripada sebelum ini. Ketika ini, beliau dilihat lebih matang dan saya rasa beliau akan jadi antara pemain terbaik di Asia.
“Arif memerlukan sokongan semua orang untuk jadi pemain terbaik,” katanya.